Ahad, Disember 08, 2013

Terperangkap di dalam sangkar

Burung yang bersayap fitrahnya pasti mahu terbang sebebas-bebasnya. Tiada sekatan mahupun batasan. Langit yang luas adalah sempadannya. Ke mana sahaja mahu terbang tiadalah ia terikat dengan apa-apa sekalipun.

Burung yang dikurung di dalam sangkar tiada ia merasa kebebasan untuk terbang walaupun seluas mana sekalipun sangkarnya. Walau diberi makanan yang tiada putus, fitrahnya ialah untuk bebas terbang. Jiwanya terbelengu dengan rutin yang mengikat, pandangannya hanya sekadar mana yang dibataskan sahaja mengikut sempadannya, jauh dan dekatnya berbatas. Lalu jadilah ia sang burung yang terbelengu di dalam kehidupannya.

Bebas atau tidak sang burung itu bergantung akan kehendak dan pilihannya. Memilih untuk selesa di dalam sangkar maka begitulah kehidupan mereka. Memilih untuk bebas maka bebaslah kehidupan mereka.

Ada burung yang terperangkap di dalam sangkar, ada juga burung yang memilih untuk diperangkap. Yang membezakan diantara mereka ialah jiwa yang menginginkan kebebasan akan berusaha untuk mencari kebebasan. Jiwa yang menyerah akan berterusan hidup di dalam penghambaan sangkar. Berterusan kehidupan sebegitu sehinggakan mereka melihat kehidupan di dalam sangkarlah kehidupan yang sebenar. Lalu mereka pasrah sebegitu sehingga mereka tiada lagi ingin merasai kebebasan yang hakiki sebagai seekor burung.

Lama-kelamaan mereka mulai takut untuk terbang bebas, mereka mulai khuatir tiada lagi makanan di luar sana, tiada lagi kehidupan yang terjamin di luar sangkar mereka, malahan apabila ada ruang untuk bebas mereka memilih untuk berada di dalam sangkar yang kecil itu, lantaran tiada lagi keyakinan mereka terhadap kehidupan fitrah mereka sebagai seekor burung.

Terbanglah duhai burung, setinggi-tingginya... sejauh-jauhnya kerana itu lah dunia mu.. bebas terbang ke mana jua..

Jumaat, Disember 06, 2013

Kebangkitan

Generasi Salahuddin tiadalah ia bangkit melainkan telah dipenuhi akan syarat kebangkitannya. Bagaimana mungkin mereka yang mencanangkan akan diri mahupun kumpulan mereka sebagai pembawa kebangkitan andai masih tersarang di dalam diri keinginan kepada duniawi.

Mereka yang telah menghilangkan akan segala kehendak dengan mematikan diri mereka sahaja akan mampu mengisi ruang yang telah lama ditinggalkan. Kebahagian diri mereka tiadalah selain daripada menggapai apa sahaja yang menjadi kegembiraan buat kekasih-kekasih mereka.

Mereka hidup di dalam ujian sepanjang masa. Akan tetapi keyakinan mereka kepada Tuhan mereka menyebabkan mereka tiada merasa gundah dengan ujian tersebut, juga tiada merasa teruja dengan apa jua pujian.

Hati mereka ibarat kepingan besi.. matilah rasa.. matilah diri..

Selasa, Januari 24, 2012

~Bicara Cinta sang Faqir - Inilah Jalanku~: Kerinduan sang Faqir

~Bicara Cinta sang Faqir - Inilah Jalanku~: Kerinduan sang Faqir: Rindu... oh betapa rindu… hanya airmata yang mengalir dari nurani yang terpendam tiada dapat ku ungkapkan… Rindu… oh bet...

Jumaat, Februari 18, 2011

Transkrip Doa Munajat Maulid di Zawiyah Syeikh Abd Malik

Intipati doa munajat yang dibacakan al faqir Walid pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul  صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم di Zawiyah Syeikh Abdul Malik, Pulau Manis pada 14 Feb. 2011(malam 12 Rabi’ul Awwal 1432H)

Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim…

Demi kemuliaan Rasul Mu صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم kami merintih memohon keampunan dari Mu dan makrifat pada Mu. Di depan pintu Mu yang mulia, dengan kemuliaan kekasih Mu, kami berdiri dengan kehinaan, merayu pada Mu agar dikurniakan kami sekeping hati yang mencintai Mu, yang mencintai Rasul Mu, dengan mencapai hakikat cinta, hancur lebur jiwa ini pada kekasih Mu, fana diri ini dalam ketauhidan pada Mu.
Kurnialah kecintaan yang meleburkan nafsu ammarahku, kecintaan yang membuatku ibadah, kecintaan yang menggoncangkan kerinduan, sehingga tiada yang kami pandang pada alam ini melainkan segalanya adalah wajah Mu, Af’al Mu, Asma’ Mu dan Sifat Mu.
Demi Rasul Mu Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم yang terpuji, yang termulia di antara makhluk Mu, yang paling tercinta di sisi Mu, yang kerananya Engkau ciptakan bagi sekelian alam, kerana cintaMu padanya Engkau ciptakan Adam a.s… Sesungguhnya Engkau mengangkat kenabian sebelum ruh Adam a.s bersatu dengan jasadnya, yang dengannya Engkau merahmati sekelian alam, dan Nur al-Haq ini Engkau telah datangkan bagi segala urusan, menyatakan kerasulannya sebagai cahaya sekalian manusia, Bagindalah Nabi pintu bagi segala ‘Arifbillah, pemegang bagi lautan tajalli asrar-asrar yang indah.
Dari lautan ini ya Allah, kami mohon agar menitis pada hati-hati kami yang keirng ini, yang kering dengan cinta, kering dengan kerinduan, kering dengan ketakutan, kering dengan keikhlasan, kering dengan makrifat… maka Kau basahkan hati kami ini dengan cinta ya Allah, dengan rindu, dengan ketaqwaan, kefakiran, keikhlasan, hakikat, makrifat, redha, sabar, tawakal, zuhud, merasai kehampiran Mu, kemanisan ibadah dan kemanisan persaudaraan.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim…
Betapa hidup ini kami lalui dari alam nur menuju kegelapan alam rahim ibu, kemudian berada dalam alam tipu daya ini. Tanpa kasih Mu, tanpa kasih Rasul Mu maka butalah kami di sini ya Allah, butalah kami di sini, butalah kami di sini ya Allah! Binasalah kami di sini.
Kami mengejar dunia, akhirat kami tinggalkan. Menghadap wajah makhluk Mu, wajah Rasul Mu kamu palingkan. Betapa ramai yang hidup tanpa ada hidayah, mereka yang diberi hidayah, sedikit yang istiqamah. Berapa ramai yang ada iman, tapi terlalai dengan ibadah, yang ibadah pula sedikit yang ikhlas, yang ikhlas pula ramai tertipu dengan keikhlasannya.
Ya Allah ya Tuhan kami,
Tolonglah kami yang lemah ini, yang tiada berdaya ini ya Allah… Kami berada di zaman fitnah Dajjal, zaman yang merenggut setiap iman dalam dada kami, zaman yang menjadikan ulama penyembah dunia, zaman yang penuh dengan dusta, zaman golongan muda mencela ulama yang haq, zaman mencela ilmu, para ulama dan auliya, zaman yang benar dikatakan batil, yang batil dikatakan benar, zaman yang mencabut rasa malu di kalangan wanita, zaman yang tiada menghiraukan hari pengadilan, zaman para artis disanjung dan orang soleh dihina, zaman yang memecahkan persaudaraan Islam.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim…
Ya Allah, dengan keberkatan hari kelahiran Rasul Mu dan permata hati kami, kami mohon agar Engkau peliharakan diri kami, kaum keluarga kami, para sahabat, saudara, jiran, masyarakat kami, sekelian muslimin dan muslimat daripada kerosakan zaman ini.
Hidupkan jiwa ini dengan mahabbah kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, mencintai sunnahnya, mencintai ahli kelurga dan para sahabat Baginda. Hilangkanlah dari hati kami segala kesombongan, kebencian, kemarahan, tamak, riya dan ujub dan gantikn dengan sgala sifat yang engkau cintai.
Kurniakanlah kami ya Allah, kemanisan dalam munajat kepada Mu, kerinduan pada Rasul Mu, bersyukur atas kewujudan Baginda di setiap nafas kami, air mata yang mengalir kerana cinta ya Allah, kemabukan dalam keasyikan fana di dalam ketauhidan pada Mu.
Ya Allah ya Lathif ya Ghaffar…
Dengan Nur Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, Engkau pancarkan cahaya ketauhidan sehingga tiada dapat kami pandang yang lain melainkan diri Mu yang zahir dan batin, yang awal dan akhir, dan jadikan jiwa kami hanya muraqabah pada Keesaan Mu… “Dan Dia (Allah) bersama kamu di aman kamu berada”, hanya engkau ya Allah…HuwaLlah.. HuwaLlah.. HuwaLlah!
Ya Allah,
Jadikan diri kami ya Allah, dengan Nur Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, merasakan diri Mu sentiasa bersama kami dimana kami berada, dalam setiap penglihatan, pendengaran, percakapan, nafas, dalam pengetahuan, dalam kehendak, dalam gerak dan diam kami. Tenggelam kami dalam kekuasaan dan kebesaran Mu. Hancurlah kami dalam kebesaran Mu ya Allah, yang ada hanya diri Mu ya Allah… “Apabila datang yang Haq, maka akan hancurlah yang batil”.. Ahad, Ahad, Ahad! Hanya Engkau ya Allah, yang Satu ya Allah!
Ya Allah ya Qudus,
Dengan Nur Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, yang sentiasa memimpin kami, bukalah pada kami sehingga dapat bermusyahadah dengan Mu di alam nur yang hakiki, terbukanya tabir alam Lahut, alam asal kejadian kami, alam asal perjanjian kami, alam asal dimana engkau berkhitob “Alastu birabbikum… adakah Aku Tuhan kamu?”, maka kami menjawab “Balaa.. Bala… Benar ya Allah, kami bersaksi…” dengan Nur Nabi Mu yang begitu indah cahayanya.
Kami mohon agar tercabutnya kegelapan hati kami ini, yang membutakan mata kami, memekakkan telinga kami dan sekelian anggota kami… gantilah ia dengan nur yang indah, agar dengannya mata, telinga, seluruh anggota badan kami ini dapat makrifat pada Mu, merasai kehampiran dengan Mu.
Masukkan kami yang berada dalam majlis ini ya Allah, kaum keluarga kami, dalam cahaya Nabi Mu ya Allah, dengan Engkau beri kelapangan bagi mereka yang dalam kesempitan, Engkau kurniakan rezeki yang berkat pada mereka yang kesusahan, Engkau selesaikan segala hutang-hutang mereka yang berhutang, merapatkan hati yang bercerai berai, Engkau limpahkan kasih sayang pada hati-hati yang benci membenci.
Ya Allah, Engkau jadikan anak-anak kuat agamanya dan taat pada ibu bapanya, Engaku jadikan ibu bapa dihidayahkan iman dan dipenuhkan dengan kasih sayang, Kau peliharakan mereka dari segala bahaya dan kejahatan sama ada dari kalangan jin atau manusia.
Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesihatan, keberkatan kepada sekelian Guru kami, para ulama, para solehin, pada daie dan seluruh pencinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.
Ya Allah…
Berilah kemaafan kepada mereka yang mencela kami, yang memfitnah akan kami. Satukanlah ummah ini, Engkau peliharakanlah negara ini dari bala kehancuran agama, berilah hidayah pada pemimpin yang terlalai, pada ulama yang tertipu dengan ilmunya, para abid yang tertipu dengan ibadahnya.
Kepada Mu kami memohon dan kepada Mu kami berserah diri… 

Selasa, Januari 25, 2011

Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama



Oleh: Ustaz Prof Dr Muhammad 'Uthman El-Muhammady




Bila berbicara tentang agama dalam erti agama sarwajagat yang dibawa oleh para anbia’ ‘alaihimussalatu wassalam sebagaimana yang ada dalam naratif Qur’an al-Karim, maka ada beberapa perkara awal yang perlu dicamkan. Antaranya ia adalah agama tauhid, agama hanif, yang kebenarannya tidak berubah-ubah, kerana agama itu adalah berdasarkan kepada fitrah, sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Rum; fitrah kejadian manusia juga tidak berubah dengan dimensi-dimensinya yang diisyaratkan oleh peristiwa ta’lim al-asma’, pengajaran ‘segala nama’ oleh Allah terhadap Adam a.s. Syariat-syariat dalam setengah daripada detail-detailnya boleh berubah, yang lain tidak. Antaranya juga ialah bahawa Allah adalah al-Muhaimin, Maha penjaga, maka Ia menjaga agamaNya, dan menjaga Qur’an dan erti-ertinya, dan Qur’an pula, pada pihaknya, diturunkan sebagai ‘muhaimin’ atau pengawal atas erti-erti asasi agama; kerana itu ia mengadakan pembetulan-pembetulan terhadap agama Ahlil-kitab dan lainnya bila agama-agama itu teralih daripada pendirian asalnya tentang tauhid misalnya.
Para mujaddid pula muncul dalam sejarah Islam bagi ‘membaharukan semula’ amalan agama yang menjadi lemah, atau terubah daripada amalan asal. Para ulama adalah golongan yang menjaga agama ini dengan pihak-pihak yang bersama dengan mereka dalam usaha yang mulia ini. Dengan itu ulama sebenarnya adalah pewaris para anbia; dengan itu kedudukan mereka adalah ‘Seperti anbia di kalangan Bani Isra’il’, apa juga status kenyataan yang berkenaan itu dilihat dari segi ilmu hadith. Kebenaran wacana arusperdana umat ini-yang diisyaratkan oleh ayat tentang ‘sabil al-mu’minin’ dan hadith berkenaan dengan ijma’, diingatkan setiap hari dalam al-fatihah, – ini terjamin wujud sehingga ke akhir zaman, dan pihak yang menyalahi pendirian ini tidak mendatangkan mudarat atas agama (la yadurruhum man khalafahum). Maka dalam konteks otoritas ajaran agama para anbia’ yang jelas dalam Qur’an dan Sunnah terjamin kebenarannya.
Dalam konteks fahaman agama dan epistemologi arusperdana demikian ini paling janggal sekali kalau ada individu-individu yang dinisbahkan kepada ilmu Islam dan dakwah menjadi tertarik kepada konsep ‘kebenaran yang pelbagai’ (‘multiple truths’) yang berupa penyakit intelektuil dan rohani yang muncul kebelakangan ini dan ditaja oleh setengah-setengah ahli akademik dan ilmiah dari luar Islam. Bagaimanapun, akhir zaman dengan sifat-sifatnya yang dinyatakan dalam hadith-hadith mempengaruhi setengah orang; dan mungkin ada mereka di kalangan Muslimin yang boleh tertarik hati, selepas beberapa dekad dalam menjalankan kegiatan dakwah dan keilmuan di Dunia Melayu Sunni ini, kepada aliran-aliran baharu yang muncul di Barat, seperti misalnya aliran ‘pluralisme agama’ atau ‘religious pluralism’ dan memandangnya sebagai aliran yang paling absah dari segi intelektuil dan rohaninya; maka kalau perkara yang sedemikian itu berlaku, sudah tentu atas nama rasa kasihan belas terhadap umat – termasuk pihak yang berkenaan – timbul di dada kita rasa sayu yang tidak terkira bila mengingatkan bahawa mereka yang asalnya terlibat dalam dakwah, berfikiran sayangkan bangsa dan watan, terlibat dalam kalangan para penerajunya, terpengaruh dengan gerakan Islam (terkesan dengan pemikiran Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb, dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hick, walaupun ini tidak dinyatakan dengan terang-terangan, dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhir. Allahumma sallimna wa ’l-Muslimin.
Berlatarbelakangkan ‘serangan intelektuil Barat’ atas umat ini dalam bentuk ‘pluralisme agama’ diperturunkan dalam nota sederhana ini beberapa pengamatan tentang fenomena ini sebagai respon awalan terhadapnya.
Pluralisme yang ditakrifkan sebagai kenyataan pluralisme (‘sheer fact of pluralism’) (seperti dalam laman web projek pluralisme Universiti Harvard, antara lainnya)[1] sebagai keberadaan pelbagai agama dalam sesebuah negara atau masyarakat –dalam erti ini pluralisme diamalkan dalam Islam walaupun di Madinah di zaman Nabisalla’Llahu ‘alaihi wa sallam dan kemudiannya seperti di Andalusia dan kerajaan Othmaniah Turki. Demikian pula pluralisme agama dalam erti adanya ruang awam di mana para penganut pelbagai agama bertemu dan berhubung serta mengadakan interaksi untuk saling memahami antara satu sama lain, itu juga sesuatu yang diterima dalam Islam, kerana kelainan umat manusia dalam kelompok-kelompok dan bangsa wujud untuk saling kenal mengenali antara sesama mereka sebagai bani Adam; ini juga diterima dalam Islam semenjak zaman Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, dan ia harmonis dengan ajaran Islam.[2] Tetapi pluralisme dalam erti kenisbian dalam kebenaran hakiki dan mutlak , yang mengajarkan tidak ada kebenaran mutlak yang boleh dicapai, dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan dan kebahagian, itu tidak diterima, bahkan ditolak dalam agama Islam.[3] Agama Islam datang dalam pusingan nubuwwah terakhir dalam sejarah umat manusia, yang selepas daripadanya tidak ada lagi nubuwwah dan kerasulan; dan ia datang sebagai saksi atas sekelian ajaran di dunia, dan Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam datang sebagai saksi atas umat ini.
Pluralisme agama dalam erti yang dibentangkan dalam gagasan Prof Hick yang meninggalkan sikap eksklusif Katholik, dan yang sepertinya, menganggap semua agama-agama membawa kepada ‘salvation’, menunjukkan pemikirnya tidak ada keyakinan terhadap agamanya dalam erti yang sebenarnya. Ia timbul daripada pengalaman peradaban dan budaya serta perkembangan pemikiran keagamaan Barat yang pahit dalam sejarahnya. Tidak munasabah pada akal sejahtera bagi Orang Islam yang berimamkan Quran boleh mengikut aliran yang kemuflisan dari segi rohani dan penaakulan berasaskan tauhid seperti ini. Islam mengajarkan semua pengikut autentik para nabi selamat, pengikut nabi salla’Llahu alaihi wa sallam selamat, ahli fatrah yang tidak ada nabi pada zamannya, zaman antara dua nabi, selamat, mereka yang ‘tidak sampai seru’ selamat.
Bila berhadapan dengan persoalan pluralisme agama, maka mungkin orang yang datang dari latar belakang Islam akan tergerak-gerak hatinya untuk mengemukakan bait-bait Jalaluddin al-Rumi untuk membuktikan bahawa beliau (Jalal al-Din Rumi) adalah orangnya yang boleh dikemukakan sebagai peribadi yang memahami dan menerima gagasan sedemikian, antaranya ialah seperti :
‘Lampu-lampu adalah banyak tetapi Cahaya adalah satu, ia datang dari Seberang Sana. Kalau anda terus menerus melihat kepada lampu anda tersesat; kerana dari situ munculnya rupa lahir bilangan dan kepelbagaian.’
Lalu dari situ dibuat kesimpulan bahawa inilah bait yang mengatasi debat-debat dan pertelingkahan, kerana orang yang mencapai pengalaman ‘mengatasi bentuk rupa’ (beyond forms) seperti Rumi sebenarnya memahami secara sarwajagat konsep-konsep yang am seperti dari mana datangnya insan? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia keluar dari hidup alam benda ini dengan maut? Dan orang sepertinya mengetahui jalan kehidupan secara rohaniah membawa kita kepada pencarian yang bersifat semesta menuntut kebenaran dan keadilan dan keutamaan moral dan etika. Kita bergembira dengan keindahan dalam diri kita dan di sekeliling kita. Kita cintakan ilmu, kedamaian dan keselamatan, tapi kita berada di tengah-tengah pelbagai rahasia dan pelbagai tidak ketentuan dalam alam sekeliling kita.
Dunia kita terpecah-pecah penuh dengan kehodohan, keganasan dan ketidakadilan; dalam ini semua agama memberi kepada kita peluang untuk merealisasi nilai-nilai yang menyatupadukan kita seperti Jalal al-Din Rumi ini. Dengan sangkaan seperti itu kita terperosok ke dalam sangkaan bahawa tokoh ini, yakni Jalal al-Din Rumi, adalah tokoh pluralisme. Tetapi kita terlupa bahawa beliau adalah Ulama Ahli Sunnah, yang berpegang dengan akidah dan Syariah, yang mengkritik penyembah berhala, Yahudi dan agama Kristian. Bahkan bila orang bertanya tentang Tuhan sebagai Jesus dalam Triniti dia menyebut dengan menunjukkan keheranan bagaimanakah orang kurus yang tinggi beberapa meter yang berlari-lari sekeliling negeri kerana dicari orang untuk dibunuh disebut sebagai Tuhan Yang mencipta alam?
Lagi pun kalaulah ada bait-bait lain yang menyebut tentang adanya pengalaman yang memberi fahaman bahawa sebenarnya tidak ada perbezaan pada peringkat tertinggi sekali dalam agama, peringkat hakikat yang mengatasi semua rupa bentuk, itulah yang menyatupadukan kita, lalu difahami ia tokoh yang berbicara bahawa semua agama ada keabsahan, kita tersilap. Ini kerana, yang tokoh demikian maksudkan ialah itu bagi orang yang mencapai kehampiran dengan Tuhan pada tahap yang tertinggi –dalam mushahadah, dalam penyaksian rohaniah (atau spiritual witnessing); ia bukan merujuk kepada peringkat Akal, mental,  atau pengalaman biasa duniawi, lagi pula  ia bukan akidah. Maka kalau difahamkan bahawa itulah akidah beliau maka itu tersilap, sebab kalau akidah dia demikian mengapa pula ia menyebut kesalahan-kesalahan Yahudi, kesalahan Kristian dan penyembah berhala dengan akidah yang salah? Dan kalau kita teruskan lagi menyebut hal ini: apa ertinya mesej-mesej para nabi dan rasul dalam naratif Quran yang menentang kesyirikan, kekufuran dengan kepelbagaian bentuk dan rupanya, adakah kita menganggap mereka ‘tidak faham kesatuan agama’, medreka tidak sampai lepada ‘kebenaran yang mengtatasi segalarupa rupa bentuk’ (truth beyond forms’) kita sekarang yang memahaminya, mereka tidak, baharu sekarang kita “bertemu” dengan hakikat ini? Subhana’Llah.
Dan mungkin ada orang yang datang dari kalangan Muslimin yang terpesona dengan gagasan pluralisme dalam erti ini teringin untuk menyebut Dante penyaer agung Itali dengan ‘Divine Comedy’nya , sebagai tokoh yang ‘mencapai’ erti pluralisme agama, berpegang kepadanya,  mengatasi semua bentuk, yang mengedari ‘semuanya benar’ lalu menyebut baitnya yang bermaksud
“only when the waves of seductive greed are calmed and the human race rests free in the tranquillity of peace.”
[‘Hanya bila gelombang-gelombang sifat rakus diri didamaikan dan umat manusia berehat  dalam kebeningan dan kedamaian’.]
Tetapi kita perlu menyedari bahawa ajaran tentang mencapai kedamaian dalam diri dengan membebaskannya daripada kongkongan nafsu itu kebenaran yang sarwajagat, dan bila itu berlaku pada umat manusia dunia akan aman. Tetapi ini bukannya bukti untuk pandangan ‘semua agama adalah benar’, dan itu bukan pegangan Dante pun. Kalau demikian pegangan Dante mengapakah beliau, dalam ‘Divine Comedy’nya, dalam ‘Inferno’ meletakkan Nabi Muhammad salla’Lahu ‘alaihi wa sallam dan Ali dalam neraka? Ia menyatakan Nabi Muhammad sebagai ‘the chief of those who create schisms’? Ertinya dia menolak Islam, sebagaimana seorang paderi dalam program TV Larry King baru-baru ini menolak kebenaran Islam katanya mereka menyembah Tuhan yang salah! Agama mereka palsu! Jelas bahawa Dante bukan tokoh plurarisme agama dalam erti John Hick yang membicarakannya. Maka menyebut Dante dalam konteks pluralisme agama dalam erti Hick adalah langsung tidak berkenaan.
Adakah boleh dikaitkan Dante yang membenci Islam dan Nabi Muhammad dihubungkannya dengan tokoh-tokoh intelektuil dan rohani Islam termasuk al-Farabi atau ibn Rushd untuk membantu manusia berfikir tentang dunia yang perlu diamankan daripada konflik? Adakah ini caranya?
Nampaknya kata-kata Dalai Lama lebih munasabah dalam hal ini. Beritanya ialah bagaimana dalam suatu ceramah di Madrid, Dalai Lama membuat rayuan kepada Barat supaya jangan memeluk agama Buddha sebagai fesyen budaya (‘cultural fashion’). “I am a Buddhist“, the Dalai Lama added “Therefore, Buddhism is the only truth for me, the only religion. To my Christian friend, Christianity the only truth, the only religion.To my Muslim friend, Mohammadenism (should be Islam-UEM) is the only truth, the only religion. In the meantime I respect and admire my Christian friend and my Muslim friend. If by unifying you mean mixing, that is impossible, useless” (http://www.tibet.net).
Ertinya: “Saya penganut Buddha’ Dalai Lama menambah kenyataannya, “Oleh itu agama Buddha sahaja kebenaran bagi saya, agama satu-satunya. Bagi kawan saya yang beragama Kristian, agama Kristian sahaja kebenaran, itu sahaja agama yang benar. Bagi kawan saya penganut agama Islam, agama Muhammad (sepatutnya ‘Islam’-UEM) sahaja berupa kebenaran, berupa agama satu-satunya. Dalam pada itu saya menghormati dan mengkagumi kawan saya yang beragama Kristian dan yang beragama Islam. Kalaulah menyatupadukan itu maksudnya mencampur-adukkan itu mustahil, dan tidak berfaedah.”
Selain daripada itu adakah kita boleh samakan pendirian dan sikap Dante dengan Ibn Rushd dan al-Farabi? Adalah sukar sekali kita hendak mempertahankan pendirian ini sebab ibn Rushd adalah seorang Fakih yang mahir tentang Syariat dan yakin dengan Islam, berpegang kepada ijma’, berpegang kepada kebenaran Islam bukan yang lain, dan ia bukan pluralis dalam erti Hick dalam memahami Islam; demikian pula al-Farabi; kalau tidak mereka ‘berhenti’ daripada menjadi Orang Islam. Dan ini tidak berlaku.
Untuk mendapatkan artikel penuh di atas, sila klik di sini. Atau emailkan kepada asalwi@gmail.com untuk mendapatkan artikel di dalam versi pdf.

Khamis, Januari 06, 2011

GOD'S WIKILEAKS: READY OR NOT, ALL SECRETS WILL BE REVEALED



GOD'S WIKILEAKS
Ready or not, all secrets will be revealed
Hamza Yusuf
 
To God belongs the dominion of the heavens and the earth, and the day on which the end of time will happen, a day on which prattlers will lose out. And you will see every people kneeling; every people will be summoned to its record: "Today you are being repaid for what you used to do. This record of Ours speaks about you in truth; for We have been transcribing what you have been doing." As for those who believed and did good works, their Lord will admit them into divine mercy. That is the evident success. And as for those who scoffed, were not My signs recited to you, yet you were arrogant, and were sinning people? And when it has been said that the promise of God is true, and there is no doubt about the end of time, you have said, "We do not understand what the end of time is; we suppose it merely speculation, and we cannot be sure." And the evils they did will be manifest to them, and what they used to sneer at will have surrounded them.
– Qur’an, 45:27-33
 
No matter what a Man’s foul character may be,
Though he imagines it is concealed from the people,
It shall be revealed.
– Zuhayr b. Abi Sulma, Favorite seventh century Arabian poet of Umar b. al-Khatab
 
In the seven years I spent with Mauritanians who are Bedouin people of the Sahara, what struck me most about them was the transparency in their lives. They live without walls, and hence what the Swiss psychologist Carl Jung termed the "shadow self," which holds our repressed weaknesses and darker side, seems wholly absent from their personalities. I never saw the Bedouins hide anything from me. Even when they go to relieve themselves, it is often in open space. Once I was with a particularly gruff Bedouin, and in the middle of our conversation, he turned around, walked a few paces from me, and, taking cover with his outer robe, he dropped his pants, squatted, urinated, cleaned himself with sand, returned, and continued the conversation.

Bedouins are entirely comfortable in their skin and completely unself-conscious. If I intruded on a Bedouin without warning, he did not suddenly become nervous or uneasy; he remained calm. Even after many years in "civilized" society, Bedouins retain an uncanny openness. Their homes in Nouakchott, the Mauritanian capital, always have open doors. A hungry person, upon smelling food being served, will sometimes walk in from the street, eat a meal with them, say little, and depart as unobtrusively as he appeared.
        
In societies that have walls, closets, and private bathrooms, we develop a keen sense of privacy early on. We also do things in private that we would never do in company. Some of us develop profoundly dark sides; a Dr. Jekyll and Mr. Hyde personality seems quite common in modern society. When we read the statistics in books like Pornified, we can only be horrified at the pervasiveness of people watching pornography; the man next to us in the grocery store line might return home only to settle in for "kiddie" porn on his home computer. Do an online search on registered sex offenders, many of whom are pedophiles, and you might find one living down the street from you. Too many people are hiding things. Wives often know the truth about their "upstanding" husbands, and men may have far more secrets than women, who undeniably have their own share.

So what's all the fuss about Wikileaks? These wikipeaks into the unseemly side of the American Empire have caused quite a stir – and quite a backlash. Julian Assange was arrested for what may end up being trumped up sexual charges in an obvious attempt at distracting people from the real story. The U.S. Attorney General is seeking excuses to bring charges against Assange for what the American media does routinely. Clearly, the war is on. Luke Skywalker-like hackers are whittling away with Wikileaks at the Empire, and the Empire is striking back.

What intrigued me is not so much what is revealed – after all, many of us knew, didn't we? And so far, the crimes and transgressions revealed are not as severe as what the earlier Pentagon Papers revealed. But they are far more disturbing. The recent release of diplomatic cables shows the duplicitous nature on a daily basis of the inner workings of American diplomacy – the "shadow self" of America. Our government demands transparency from corporations and from its citizens in detailed tax returns. Employers do background checks on us, and our credit histories and medical records are routinely reviewed by strangers. Even our time on the internet is now monitored in many places; our phones are tapped with judicial consent. So why should our governments, especially in democratic societies, be exempt from what is routinely done to us? They are public servants, aren't they?

Well, the fact of the matter, as the Wikileaks exposé so cogently reveals, is that they are not serving us – they are serving the Empire's corporate profit-making, its selling of arms, and its oil interests that fuel our cars and their private jets. The corruption in dealing with Afghanistan, highlighted in these recent leaks, had initially shocked some people. But, all things considered, Afghan corruption pales by comparison to our own corruption on Wall Street, not to mention Main Street. Despite the moral depravity we witnessed in the recent financial scandals, everything is back to business as usual. The fat cats are once again doling out multimillion-dollar executive bonuses with our bailout money, as if the party never ended. Our mail boxes are again being stuffed with those same ridiculous credit card offers that had stopped a couple of years ago. The banksters are back in business, thanks to Henry Paulson, Larry Summers, et al. who cleaned out the national treasury in broad daylight, while Congress and the Senate applauded their patriotism. Unbelievable. Jesse and Frank James are no longer robbing them as outlaws: they're on the board of directors. Al Capone must be turning over in his grave.

Untuk membaca artikel penuh Sh. Hamza Yusuf, sila klik di sini.

Isnin, November 01, 2010

Ibadah Qurban 1431 di Kemboja dan Indonesia

Ibadah Qurban anjuran Maahad Amanullah, Kemboja dan Darul Mustafa Indonesia

Sesiapa yang berminat untuk beribadah Qurban di Kemboja di bawah kelolaan Ust Sulaiman dari Madrasah Amanullah, bolehlah menyalurkan wang qurban lembu sebanyak RM190.00 sebahagian ke akaun amanah seperti di bawah.

Darul Mustafa Indonesia, di bawah kelolaan Tn Habib Sholeh al-Jufri juga turut menawarkan ibadah Qurban di Indonesia, RM300.00 untuk seekor kambing.

Sedikit maklumat berkaitan Maahad Amanullah, Kemboja:
Dikendalikan oleh Ust Sulaiman dengan penuntut seramai 500 orang (300 lelaki dan selebihnya perempuan). Seramai 42 orang penuntut Maahad telah melanjutkan pelajaran ke Darul Mustafa, Tarim, Yaman di bawah al-Mukarram Habib Umar ben Hafidz. Alamat Maahad Amanullah seperti berikut:

Sambour Village kor commune,
Tbong khomum district,
kompong cham province,
Kingdom of Cambodia.
Tel: 0085512269455

Pembayaran bagi ibadah qurban boleh dibuat menggunakan akaun amanah berikut:
Maybank Account: 562227008760
Pemegang Amanah: Tn Syed Hussin b Shaikh alJunid dan Ust Nor Azian b Man.

Slip pembayaran dan borang qurban bolehlah diemailkan kepada Ustaz Azian/Tn Syed (madrasannur@hotmail.com) atau fax no: 03-6157 4144 untuk tujuan penyelarasan.

Borang qurban boleh didapati di sini.

Mudahan ibadah qurban kita diterima Ilahi, InsyaALlah.

Selasa, Mei 18, 2010

Sejarah Perkembangan Tasauf


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


Pengajian tasauf bertujuan lebih mendekatkan kita kepada Allah. - Gambar hiasan


MINGGU lepas kita telah meninjau takrif dan makna istilah-istilah utama dalam cabang ilmu tasauf. Ia memberi gambaran betapa tasauf adalah satu disiplin ilmu yang tersendiri, tersusun dan ilmiah sifatnya.

Di kalangan ulama terdapat perselisihan mengenai bila ilmu ini bermula. Ada yang berpandangan ia telah wujud sebelum Nabi SAW dibangkitkan. (Abu Nasr al Siraj, al-Luma' h.42, Ibnu al-Jawzi, Talbis al-Iblis, h.173)

Ibnu Khaldun dan beberapa ulama lain pula berpendapat bahawa tasauf mula tumbuh pada kurun ke-2 Hijrah ketika manusia mula menumpukan perhatian kepada dunia.

Maka golongan sufi berusaha mengajak mereka ke arah zuhud dan beribadat. (Muqaddimah, h. 517)

Dapat diperhatikan bahawa perbincangan tentang tasauf banyak dinaqalkan daripada tokoh-tokohnya yang awal seperti al-Hasan al-Basri r.a (w. 110 H) dan Sufyan al-Thauri r.a (w. 161 H).

Pada permulaannya, tasauf berkisar tentang sifat zuhud kepada dunia, mengosongkan diri untuk beribadat, bermujahadah melawan hawa nafsu dan mentaati perintah Allah sehingga menatijahkan akhlak yang mulia.


Tasauf di zaman nabi SAW

Jika inilah inti dan pokok ajaran tasauf maka pada hakikatnya, tasauf sudahpun wujud dan terjelma pada zaman nabi SAW lagi iaitu melalui acuan akhlak dan kehidupan Rasulullah SAW.

Amat jelas perjalanan awal baginda SAW menuju kepada Allah adalah berasaskan acuan tasauf iaitu tafakur, 'uzlah (khalwat), riadah (latihan) dan mujahadah. Elemen ini dicernakan melalui perkataan dan perbuatan baginda SAW, sehingga roh baginda SAW berjaya melalui proses penjernihan dan penyucian sebagai persiapan untuk menerima wahyu.

Kita maklum bahawa nabi SAW pernah beruzlah mengasingkan diri di Gua Hira' sebelum diturunkan wahyu. Sesudah diangkat sebagai rasul, baginda SAW menjalani kehidupan yang sarat dengan keimanan, ilmu, ibadah, zuhud, warak dan mujahadah.

Para sahabat pula berjalan di atas risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan tekun dan penuh dedikasi. Mereka tidak menghafaz satu ayat daripada ayat-ayat al-Quran, melainkan selepas beramal dan melaksanakannya. Mereka hidup dalam keadaan zuhud dan warak semasa hayat dan selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Selain kehidupan amali nabi SAW dan para sahabat kita juga boleh menemukan bukti hadirnya tasauf dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang bercitra tasauf. Sekalipun istilah tasauf belum lagi dipopularkan pada zaman tersebut.


Era pengasasan dan perkembangan

Kemudiannya, tumpuan terhadap agama mula berkurangan bermula pada akhir kurun pertama Hijrah (zaman sahabat) dan ia berterusan tahun demi tahun hingga para salafussoleh bimbang akan berlaku musibah.

Untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, para ulamalah yang menjadi wakil untuk berusaha menjaga dan memelihara agama. Maka sekumpulan mereka bangun untuk menjaga kedudukan Islam dan menulis permasalahan
hukum-hakam agama dan kaedah-kaedahnya (fiqh).

Bagi kumpulan ulama yang lain, bangun untuk menjaga kedudukan iman, menulis usul agama dan kaedah-kaedahnya (tauhid) sebagaimana yang terdapat di sisi salafussoleh mereka. Sementara kumpulan ulama yang lain, bangun menjaga kedudukan ihsan dan menulis amalan-amalannya dan keadaannya (tasauf).

Kumpulan yang pertama (fiqh) ialah imam-imam yang empat (Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad) dan pengikut-pengikut mereka. Kumpulan yang kedua (tauhid) ialah Imam Abu Hasan al-Asy'ari r.a, sheikh-sheikh dan sahabat-sahabatnya dan golongan yang ketiga (tasauf) ialah Imam al-Junaid r.a, sheikh-sheikh dan sahabat-sahabatnya.

Berdasarkan pemerhatian ini, para imam ini bukanlah pengasas ilmu-ilmu dalam erti kata sebenar. Imam al-Junaid r.a (w. 297H) bukanlah pengasas tasauf dan tarekat kerana tasauf merupakan sebahagian daripada warisan Rasulullah SAW yang bersumberkan wahyu daripada Allah SWT.

Tasauf sering dinisbahkan kepadanya, kerana beliaulah tokoh yang mengambil inisiatif awal memperkatakan kaedah tasauf dan usulnya serta menyeru manusia beramal dengannya.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa ilmu tasauf tidak tersebar pada kurun yang pertama Islam dan ia tidak muncul melainkan selepas zaman sahabat dan tabien?

Pada kurun yang pertama, mereka tidak berhajat kepada ilmu tasauf kerana penduduk pada zaman tersebut terdiri daripada orang yang warak, bertakwa dan kuat bermujahadah.

Oleh yang demikian, ketika itu belum timbul keperluan diadakan pengajaran tentang sesuatu ilmu secara terperinci.
Keadaan mereka samalah dengan orang Arab tulen; mereka mengetahui Bahasa Arab melalui warisan daripada satu generasi ke satu generasi sehingga mereka boleh menggubah bait syair yang indah dan tinggi mutu bahasanya berdasarkan fitrah mereka tanpa ada pengetahuan sedikitpun mengenai kaedah-kaedah Bahasa Arab, i'rab dan sebagainya. Mereka tidak perlu mempelajari ilmu nahu dan balaghah.

Namun, setelah meluasnya pelbagai lahjah dan berlakunya kelemahan untuk mengungkapkan bahasa, pembelajaran Bahasa Arab dan kaedah-kaedahnya menjadi penting untuk memberi kefahaman kepada orang asing.

Ketika itu, ilmu ini menjadi penting dalam masyarakat sebagaimana ilmu-ilmu lain yang tumbuh dan disusun mengikut urutan masa dan waktu yang munasabah.

Sahabat dan tabien, sekali pun tidak dinamakan dengan mutasawwifin, mereka adalah ahli sufi sebenar yang menerapkan nilai-nilai kesufian di dalam kehidupan mereka.

Apakah yang dikehendaki oleh tasauf selain menjuruskan kehidupan semata-mata kerana Allah dan bukannya kerana diri sendiri, sambil menghiasi diri dengan sifat zuhud dan bermulazamah(diiringi) dengan ibadah, serta menghadapkan jiwa dan roh sepenuhnya kepada Allah setiap masa.

Sifat-sifat kesempurnaan inilah yang diamalkan oleh para sahabat dan tabien sehingga melayakkan rohani mereka meningkat kepada darjat yang lebih tinggi.

Mereka tidak sekadar mengikrarkan keimanan dan melaksanakan kefarduan Islam, tetapi menyertakan pengakuan dengan zauq dan wujdan (menyelami amal dengan merasai nikmat kelazatan beramal).

Malah, mereka juga menambah amalan-amalan sehingga basirah (mata hati) mereka disuluh cahaya, dan hati-hati mereka terpancar hikmah dan limpahan cahaya ketuhanan.

Keadaan mereka diikuti pula oleh golongan tabien dan tabi' tabien. Juga penting diperhatikan, tokoh-tokoh ulama yang menyusun ilmu tasauf ini seperti al-Hasan al-Basri (w.110H), Sariy al-Saqati (w.253H), Abu Yazid al-Bustami (w.261H),
Sahl al-Tustari (w.283H) dan al-Junaid (w.297H), masih tergolong daripada generasi tiga kurun terawal Islam yang mendapat pengiktirafan nabi SAW sebagai kurun-kurun terbaik Islam.

Kesimpulannya, kandungan dan konsep ilmu tasauf telah wujud pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat. Cuma istilah-istilah ini belum lagi digunakan dalam amalan mereka.

Pada zaman tersebut, tasauf merupakan sifat umum yang terdapat pada hampir seluruh sahabat r.a tanpa terkecuali.

Kekuatan cahaya nubuwwah dan hidayah kerasulan yang ada pada masa itu, menyebabkan mereka tidak memerlukan kepada satu bentuk yang khusus, berkenaan cara-cara menjalani perjalanan menuju kepada Allah.

Namun konsep tasauf telah pun ada dan dihayati oleh nabi SAW dan para sahabat baginda kerana perjalanan dan konsep tasauf dan tarekat itu sendiri adalah sebahagian daripada Islam.

Artikel ini dipetik dari Ruangan Bicara Agama, Utusan Malaysia keluaran 18 Mei 2010 / 4 Jamadil Akhir 1431

Sabtu, Mei 15, 2010

Definisi Sufi dan Tasauf


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


Imam Al Ghazali seorang tokoh sufi yang berpengaruh.


SEBAGAI memulakan siri pengenalan dan penjelasan kita terhadap tasauf dan dunianya marilah kita melihat makna istilah tasauf dan sufi itu sendiri. Terdapat banyak pendapat ulama mengenai kata asal tasauf.

Ini kerana, perkataan sufi pada asalnya diambil atau berasal daripada suatu benda atau perkara yang dinisbahkan kepadanya.

Di antaranya:

1. Perkataan sufi berasal dari nama seorang lelaki yang dipanggil Sufah. Nama sebenarnya ialah al-Ghauth ibnu Mur ibn Ud ibnu Tabikhah ibn Ilyas ibnu Mudhar. Beliau telah menumpukan seluruh kehidupannya hanya untuk beribadat kepada Allah di Masjid al Haram.

Daripada perbuatannya itu, nama sufi dinisbahkan kepada namanya. (al Fairuz Abadi, Qamus al-Muhit, Jld 2. H: 1105).

Ada ulama yang menolak pandangan ini kerana jika sufi sememangnya dinisbahkan kepada nama orang yang kuat beribadat, maka nama para sahabat dan tabien lebih layak dinisbahkan kepada sufi kerana kedudukan mereka yang lebih tinggi dan mulia.

2. Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat, nama sufi dinisbahkan kepada perkataan sufiaitu pakaian yang dibuat daripada bulu kambing. Pendapat ini dipilih oleh Ibnu Taimiyyah, al Suhrawardi (Awarif al Ma'arif. H: 41) dan Ibnu Khaldun (Muqaddimah Ibni Khaldun, H: 517) berdasarkan beberapa perkara.

3. Dikatakan juga perkataan sufi dinisbahkan kepada Ahli Suffah. Iaitu, mereka yang tinggal di anjung Masjid Nabawi di Madinah yang disediakan oleh Rasulullah SAW untuk sahabat-sahabat yang miskin.

Di antaranya, sahabat baginda, Abu Hurairah, Abu Zar dan Abu Darda' kerana mereka mempunyai persamaan dengan orang sufi dari segi hubungan dengan Allah. Mereka telah memutuskan hubungan dengan dunia dan meluangkan masa untuk beribadat.

Pendapat ini ditolak, kerana dari segi bahasa, sekiranya mereka menyandarkan kepada Ahli Suffah, maka mereka akan dipanggil sebagai Suffi, iaitu dengan dua fa, sedangkan perkataan sufi hanya mempunyai satu fa.

Pengarang Qamus al-Muhit menyatakan, bahawa sandaran nama ini adalah salah dari segi tatabahasa Bahasa Arab.

4. Dikatakan ia berasal daripada perkataan sof iaitu saf hadapan, kerana orang-orang sufi akan berdiri di saf-saf hadapan ketika menghadap Allah di akhirat kelak. Ini juga tidak tepat dari segi bahasa, kerana sekiranya nama sufi disandarkan kepada perkataan sof, maka sudah tentu ia disebut sebagai soffi bukannya sufi.

5. Dikatakan juga, perkataan tasauf dinisbahkan kepada makhluk pilihan Allah (sofwah). Ini juga tidak tepat dari sudut bahasa, kerana mengikut bahasa, orang yang terpilih disebut di dalam Bahasa Arab sebagai Sofawi.

6. Dinisbahkan kepada Sufanah yang bermaksud tumbuhan di padang pasir. Ini kerana, mereka hidup memadai dengan makanan yang sedikit seperti tumbuh-tumbuhan yang berada di padang pasir.

Pendapat ini juga tidak betul kerana mengikut Bahasa Arab, sekiranya dinisbahkan kepadaSufanah maka ia menjadi Sufani bukannya sufi.

7. Dikatakan, perkataan sufi berasal dari perkataan Sufah al-Qafa (rambut-rambut yang tumbuh di hujung bahagian belakang kepala) kerana ahli sufi memalingkan pandangan mereka daripada makhluk dan menghadapkan pandangan mereka kepada Allah.

8. Dikatakan perkataan sufi berasal dari perkataan sofaa, yang bermaksud suci. Sekalipun terdapat pendapat yang menyangkalnya dari segi bahasa, namun ini adalah pendapat yang sahih dan dipersetujui oleh kebanyakan ulama.

Abu al-Fath al-Busti r.a (wafat 401 H) pernah menyatakan dalam syairnya:

"Manusia telah bercanggah pendapat di dalam memberikan makna sufi dan mereka telah berselisih pendapat padanya, mereka menyangka bahawa ia terbit daripada perkataan suf (pakaian bulu kambing);

"Dan aku tidak sekali-kali memberikan nama ini melainkan kepada pemuda yang mensucikan dirinya, maka ia menjadi suci sehingga dinamakan sebagai sufi".

Mereka dinamakan sufi kerana dinisbahkan kepada perkataan Sofaa disebabkan Ahli Sufi memandang kepada batin atau dalaman sesuatu perkara, ketika manusia memandang kepada zahirnya.

Orang sufi juga sentiasa berusaha membersihkan dan menyucikan diri mereka daripada kotoran zahir dan batin. (Abdul Aziz Ahmad Mansur, Al-Tasauf al-Islami al-Sohih, H: 24-27)


Tasauf dari sudut istilah

Sheikh Zarruq r.a menyebut, definisi tasauf mencapai sehingga dua ribu pentakrifan. (ibn Ajibah,Iqaz al Himam. H: 24)
Semua definisi tersebut dicetuskan oleh ulama berdasarkan zauq dan pengalaman rohani yang mereka alami dalam mujahadah mereka menuju kepada Allah.

Sebahagian mereka pula, mendefinisikan tasauf berdasarkan peringkat-peringkat yang terdapat dalam tasauf.

Di antaranya, Abu Muhammad al-Jariri r.a mentakrifkan tasauf berdasarkan keadaan Ahli Bidayah (orang yang berada di peringkat permulaan).

Beliau mentakrifkan: "(Tasauf) adalah berakhlak dengan segala akhlak yang mulia dan keluar daripada setiap akhlak yang hina". (al Qusyari, Risalah al-Qusyairiyyah fi Ilmi al-Tasauf. H: 280)

Manakala Abu al-Hasan al-Nuri mentakrifkan tasauf berdasarkan mujahadah orang-orang yang sedang salik menuju kepada Allah (Orang yang mengambil tariqah daripada penghulu kaum sufi dan menjalaninya mengikut syarat-syarat yang telah mereka tetapkan).

Beliau berkata: "Tasauf ialah meninggalkan segala kehendak nafsu". (Al-Kalabazi, al-Ta'aruf li Mazhab Ahli al Tasauf H: 32, al Munawi, Al-Kawakib al-Durriyyah fi Tarajim al-Sa'adah al-Sufiyyah, Jilid 1 H: 524)

Imam al-Syazuli r.a pula berkata: "Tasauf adalah melatih nafsu ke arah pengabdian kepada Allah dan menundukkan nafsu di bawah hukum-hakam-Nya". (Al-Mafakhir al-'Aliyyah, H: 111)

Imam al-Junaid r.a, yang diiktiraf umum sebagai Imam dan penghulu golongan sufi (w. 297H / 910M) pula mentakrifkan tasauf berdasarkan keadaan Ahli Nihayah atau orang yang telah merasai hasil perjalanannya yang dicita-citakan.

Menurutnya, tasauf adalah: "Allah mematikan kamu daripada memandang kepada diri kamu (fana') dan Dia menghidupkan kamu dengan mengingati-Nya dan bermunajat kepada-Nya (baqa')". (Al-Risalah al Qusyairiah H: 280, Awarif al Ma'arif H: 39 dan Nataij al Afkar al-QudsiyyahJilid 4 H: 6)

Ini merupakan darjat sufi yang paling tinggi dan sempurna. Berdasarkan definisi-definisi di atas, kita mendapati bahawa seseorang Ahli Sufi perlu melalui tiga peringkat berikut:

1. Bidayah
Orang yang berada di peringkat ini, akan merasai pada fitrahnya bahawa terdapat suatu hakikat yang perlu dikecapi. Hakikat itu ialah akhlak dan peradaban yang mulia.

Natijahnya, rohnya benar-benar merasa rindu untuk mengecapinya. Untuk mengenali dan mengecapinya pula, memerlukan kepada suatu perjalanan yang berbekalkan keazaman dan niat yang jujur dan benar.

2. Mujahadah
Aspek amalan yang berhubung kait dengan syariat.

3. Orang yang merasai Zauq
Merasai dan mencapai hasil yang dicita-citakan.

Dalam erti kata lain, peringkat tasauf adalah:

  •  Mengenal nafsu, rangsangan dan keinginannya.



  •  Menyucikan hati dan membersihkan roh daripada sifat-sifat yang kotor dengan bermujahadah.



  •  Menghiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia dan meningkatkan diri dari satu makam ke satu makam untuk menjadi ahli sufi yang mempunyai hati yang sentiasa sibuk bersama Allah.



  • Maka, seseorang salik masih belum layak untuk digelar sebagai Ahli Sufi, melainkan setelah melalui ketiga-tiga peringkat ini dan orang-orang yang masih belum merentasi ketiga-tiga peringkat ini, dinamakan sebagai murid atau mutasawwif. (Abdul Aziz Ahmad Mansur, al-Tasauf al-Islami al-Sohih H:23)


    Kesimpulan

    Berdasarkan semua definisi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan, bahawa tasauf tertegak di atas konsep kejernihan, merebahkan kedegilan nafsu, mengikut sunnah, zuhud terhadap dunia dan keseronokannya, memutuskan hubungan dengan selain Allah dan sentiasa bertafakur tentang-Nya.

    Sebahagian Ahli Sufi berkata: Permulaan tasauf ialah ilmu, pertengahannya ialah amal, dan penghujungnya ialah mendapat kurniaan daripada Allah SWT.

    Berdasarkan huraian di atas, dapat kita fahami, tasauf adalah suatu cabang ilmu yang definisinya telah ditangani secara ilmiah dan kemas. Ia juga terbit daripada usul agama yang sahih dan bukannya berpunca daripada mazhab serpihan atau agama lain, seperti dakwaan sesetengah pihak.

    Artikel ini dipetik dari Ruangan Bicara Agama, Utusan Malaysia keluaran 26 Jamadil Awal 1431 /11 Mei 2010

    Jumaat, Mei 07, 2010

    Jangan Sakiti RasuluLlah SAW


    Oleh SYEIKH MUHAMMAD FUAD KAMALUDIN AL-MALIKI


    SESIAPAPUN akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut di hadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada di antara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya.

    Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi SAW bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab di hadapan anak perempuannya yang Muslim, Nabi SAW telah melarang dan menegur perbuatan itu dengan sabdanya, "Jangan engkau mencerca mereka yang mati, lalu engkau menyakiti mereka yang hidup." (Riwayat al-Tirmizi).

    Jika itulah sikap Nabi SAW dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi SAW sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam neraka? Adakah Nabi SAW tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apa pun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah
    Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhluk-Nya yang paling mulia.

    Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu, tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulangi kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan Rasul-Nya?

    Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan

    Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan ditimbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menepati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan
    Islam dan umatnya di Malaysia?

    Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menganggapnya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil?

    Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan dibetulkan.

    Fahaman Yang Lebih Sejahtera

    Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi SAW adalah kufur dan berada dalam neraka sebenarnya berpunca daripada dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satunya, Nabi SAW bersabda bahawa
    Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi SAW diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka. Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

    Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu'ara' yang bermaksud, "dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud". Ibnu 'Abbas r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya, sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

    Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa':15, al-An'aam:131, al-Syu'araa', al-Nisaa':165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad SAW sebelum kebangkitan Baginda (Saba':44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

    Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna 'abi' dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud 'ayah' kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi SAW dan bukannya Abdullah, bapa Baginda SAW.

    Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa Arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim AS (al-An'aam : 74). Ada juga pandangan ulama bahawa kedua-dua hadis Riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi SAW benar-benar kafir, Nabi SAW tidak akan diizinkan Allah SWT untuk menziarahi kuburnya.

    Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi SAW. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihat betapa besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn 'Asakir). Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, "Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi SAW (kufur) (Jilid 11, ms.207).

    Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi SAW boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab-kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta'dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama' Makkah, Al-'Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum'ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. Insya-Allah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu.

    Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi SAW yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah SWT sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasih-Nya dalam rantaian keturunan hamba-hamba-Nya yang terpilih.

    Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini, mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil.
    Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Ini kerana, bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah yang dipertanggungjawabkan. Bagi masyarakat pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di TV dan popular di internet tidaklah semestinya dijamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada
    Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya.
    Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah dan yang empunya Sunnah SAW. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.

    Penulis ialah Ali Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan

    Artikel ini dipetik dari Ruangan Rencana Utusan Malaysia keluaran 23 Jamadil Awal 1431 / 7 Mei 2010

    Jumaat, April 16, 2010

    Polemik tajdid dan pembaharuan


    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


    ABDUL Malik Karim Amrullah atau Hamka adalah antara tokoh yang sering dikaitkan dengan gerakan tajdid.


    DI antara isu yang sering menjadi punca tergelincir langkah dalam memahami dan menghayati Islam adalah isu tajdid atau pembaharuan dalam agama.

    Jika tidak berhati-hati dan tanpa perlindungan Ilahi, ramai yang mungkin terkeliru dalam beberapa persoalan pokok berkaitan soal pembaharuan ini.

    Antara persoalan pokok di sekitartajdid termasuklah falsafah pembaharuan yang sahih dan diterima dalam Islam, skop atau ruang untuk pembaharuan dan kaedah serta manhaj untuk pembaharuan agama.

    Akhirnya pemahaman terhadap semua persoalan ini akan memandu kita mengenalpasti siapakah paramujaddid atau pembaharu sebenar, dulu dan kini.

    Kekeliruan dalam soal ini mudah berlaku kerana sering ada pihak yang cuba bercakap atas nama pembaharuan kalaupun mereka dan aliran pemikiran mereka menyimpang daripada fahamantajdid yang murni dalam Islam.

    Ringkasnya mereka ini cuba berselindung dan memanipulasi tajdid dalam usaha mereka meminggirkan aliran yang tidak selari dengan mereka agar merekalah yang akan mendominasi fahaman agama di kalangan masyarakat.

    Jika mereka ini agresif dan bijak memainkan lagu mereka ini tidak mustahil ramai orang awam yang akan terpengaruh.

    Tidak mudah sebenarnya untuk mengambil sikap yang tepat dalam hal ini kerana isu tajdid agama ini merupakan persoalan kompleks yang memerlukan kajian dan kepakaran.


    Falsafah tajdid

    Istilah tajdid atau renewal memang punya imej dan daya tarikannya secara semulajadi kerana ia membawa makna-makna yang positif dan segar.

    Ditambah apabila mengingatkan kalimah dan konsep tajdid ada disebut oleh Rasulullah dalam hadis yang menjanjikan suatu berita gembira untuk umat Islam, "Sesungguhnya Allah (SWT) akan membangkitkan dari kalangan umat ini dipermulaan setiap kurun mereka yang akanmentajdidkan agama umat ini." (riwayat Abu Dawud, al-Hakim dan al-Baihaqi)

    Hadis ini adalah antara yang popular kerana berita baik yang terkandung di dalamnya. Cuma, harus diingat, seperti mana-mana nas al-Quran mahupun Sunnah perlulah difahami dan ditafsirkan mengikut maksudnya yang sebenar.

    Walaupun hadis ini ada menyebut pembaharuan agama tetapi ia mestilah merujuk kepada faham dan konsep tajdid yang khusus dalam Islam. Hakikat dan sejarah Islam adalah berbeza berbanding agama-agama lain.

    Kita meyakini bahawa Islam bermula sempurna dan murni sejak generasi awalnya lagi. Malah kurun-kurun awal Islam adalah diiktiraf oleh hadis Nabi sebagai era terbaik bagi Islam.

    Jadi umat Islam sebagai umat pilihan sudah dibekalkan acuan dan panduan terbaik dari peninggalan generasi awalnya. Maka falsafah Islam tentang tajdid harus setia kepada hakikat ini.

    Tajdid dalam Islam adalah suatu usaha untuk menghayati dan menterjemahkan dengan sebaik mungkin acuan Islam yang ditinggalkan oleh generasi awal umat ini. Risalah Islam itu sendiri tidak perlukan perubahan (taghyir) ataupun reformasi (islah) kerana ia sudah sedia lengkap, murni dan utuh.

    Taghyir dan islah hanya layak untuk orang Islam yang lalai agar mereka berubah dan mengislah diri kembali mengikut fahaman Islam sebenar.

    Adapun agama Islam itu sendiri sebagai risalah yang terakhir tetap dijamin kesinambungan dan keterpeliharaannya sepanjang zaman. Islam terpelihara dengan kehadiran para ulama yang dinobatkan oleh Nabi SAW sebagai para
    pewarisnya yang sah.

    Ilmu-ilmu dan kefahaman agama pula sebagai inti dan paksi agama Islam dijamin hanya akan beredar di kalangan para ulama yang berkeperibadian adil dan jujur.

    Mereka ini akan berperanan memelihara fahaman agama ini daripada gangguan aliran yang batil, melampau dan menyeleweng.

    Janji dan jaminan tentang hal ini yang kita temui dalam al-Quran dan Sunnah ternyata menjadi kenyataan. Di sepanjang sejarah Islam, sentiasa muncul barisan ulama menjuarai pelbagai disiplin ilmu Islam dengan tradisi menyusun, memperkembangkan dan memperjelaskan lagi acuan Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan para Salaf al-Soleh.

    Mengenali diri peribadi dan keterampilan para ulama muktabar ini, kita memandang mereka dan khazanah ilmiah yang mereka tinggalkan sebagai jelmaan janji Allah SWT dan Rasul-Nya SAW yang sekali-kali tidak akan membiarkan umat ini tanpa panduan yang benar sepanjang hayatnya. Malah hadis mujaddid itu sendiri merupakan sebahagian daripada janji Ilahi ini.

    Tajdid agama dalam hadis ini perlu difahami dalam kerangka sejarah dan perkembangan tiga aspek agama iaitu Islam, iman dan ihsan seperti yang dinyatakan dalam hadis Jibril yang masyhur itu.

    Aspek Islam, iman dan ihsan ini dihuraikan di bawah ilmu-ilmu syariah/fiqh, akidah/tauhid dan akhlak/tasauf.

    Ketiga-tiga cabang ilmu agama ini yang hakikatnya diasaskan oleh Rasulullah SAW sendiri berdasarkan wahyu telah berkembang dengan cemerlang di tangan para ulama Islam sehingga muncul sebagai disiplin ilmu yang baku dan tersusun rapi.

    Pada masa yang sama ilmu-ilmu ini mengandungi aspek dinamika dan keanjalan yang menyebabkannya mampu untuk memenuhi tuntutan pelbagai zaman dan situasi.

    Para pengkaji dan pemerhati yang jujur akan bersetuju bahawa sesudah dikembang dan disusun oleh para ulama muktabar umat ini, fahaman Islam arus perdana dan muktabar atau yang dinamakan Ahlus Sunnah wal Jamaah boleh disimpulkan kepada yang berakidahkan acuan akidah Asha'rah-Maturidiyyah, bersyariahkan mazhab-mazhab yang muktabar dan bertasauf dalam akhlaknya.

    Mengambil kira hakikat ini, tidak hairanlah jika dalam senarai utama para mujaddid sepanjang kurun yang dikemukakan oleh para ulama muktabar seperti Imam Jalaluddin al-Suyuti (m.911H) dan Shah Waliyyullah al-Dehlawi (1176H) kita melihat nama-nama Imam Abul Hassan al-Ash'ariy, al-Shafi'ie, al-Ghazali dan lain-lainnya yang memang merupakan arkitek-arkitek utama penyusunan, pembakuan dan perkembangan ilmu-ilmu Islam ini sepanjang kurun yang lampau.

    Susulan perbahasan di atas, tumpuan sebenar tajdid dan pembaharuan dalam Islam adalah kefahaman dan penghayatan umat Islam dan bukannya terhadap fahaman Islam itu sendiri.

    Sebagai muslim, kita meyakini fahaman dan ilmu-ilmu Islam yang ada pada kita adalah fahaman dan manhaj terbaik yang dikurniakan Allah kepada kita.

    Ruang dan batas apa yang haram dan halal, yang baik dan buruk semuanya tersedia di hadapan kita. Ruang perkara-perkara khilafiah yang dibolehkan kita berbeza pegangan padanya juga jelas di hadapan kita.

    Perkara-perkara yang jelas haram, halal atau khilafiah tidak patut dijadikan bahan untukditajdidkan atau dibahaskan lagi oleh para mujaddid hakiki.


    Mengenal mujaddid sebenar


    Hasil perbahasan ini, bolehlah disimpulkan para mujaddid sebenar dalam Islam ialah mereka yang berjaya memimpin umat Islam sepanjang kurun yang silih-berganti agar memperbaharui iltizam dan penghayatan mereka terhadap akidah/tauhid, syariah/fiqh dan akhlak/tasauf yang benar dan murni.

    Apabila umat Islam mengikut pimpinan dan panduan para mujaddid maka agama akan terpelihara dan berkembang.
    Mereka juga mampu mencapai ketamadunan yang hebat seperti kemunculan Islam sebagai salah satu tamadun agung dunia.

    Kesetiaan umat Islam dengan manhaj para mujaddid sebenar umat ini juga menjadi rahsia di sebalik episod-episod tertentu yang gemilang dalam sejarah Islam seperti kejayaan generasi Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan Sultan
    Muhammad al-Fateh.

    Kesimpulan yang kita kemukakan ini tidak akan mampu menghalang aliran-aliran pinggiran umat ini untuk tetap mendakwa dan bercakap atas nama tajdid dan pembaharuan.

    Tajdid dan pembaharuanlah jenama yang paling laku dalam mereka cuba mengalih perhatian umat daripada khazanah keagungan ilmu-ilmu Islam kepada pegangan mereka yang pada hakikatnya janggal dan asing.

    Mereka ini akan menjulang nama-nama tokoh yang dikenali masyarakat yang dirasakan dapat mendokong pegangan mereka.

    Dalam masyarakat kita, nama-nama seperti Zaaba, Hamka, Syed Sheikh al-Hadi dan seumpamanya yang dikenali oleh masyarakat kerana sumbangan mereka yang tersendiri turut digunakan tanpa mendedahkan keseluruhan sisi dan kedudukan sebenar tokoh-tokoh ini. Aspek-aspek kontroversi tokoh-tokoh ini disembunyikan.

    Khalayak awam yang kurang teliti mungkin terpengaruh kerana terhimbau dengan kemasyhuran tokoh-tokoh ini tanpa mampu menilai mereka dengan tepat dalam kerangka faham tajdid agama sebenar seperti yang kita sentuh dalam makalah ini.

    Artikel ini dipetik dari Ruangan Bicara Agama, Utusan Malaysia keluaran 13 April 2010