Isnin, Januari 18, 2010

Istiqamah Dalam Menghambakan Diri Diridambaan


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN



MEMPERKASA segala aspek berkaitan penguasaan al-Quran tidak ada ruginya. - Gambar hiasan


ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.

Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.

Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.


Jalan meraih ketenangan

Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna. Ia kaya dengan pelbagai perbendaharaan dan khazanahnya yang indah dan seni. Oleh kerana itu, kita melihat agama Islam itu sentiasa dicemburui dan cuba dinodai kesucian dan ketinggiannya oleh musuh-musuh Islam.

Cuma, kita yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala keistimewaan Islam kerana kita sendiri tidak cukup mengenal agama yang kita warisi.


Menjadikan al-Quran sebagai wirid

Islam menyarankan beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan ketika berhadapan dengan situasi sebegini.
Antaranya, kita digalakkan membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai wirid.

Hendaklah kita bertafakur tentang kandungan ayat-ayatnya dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang akan melapangkan dada. Menambahkan lagi keyakinan dalam beragama dan menghadirkan kebesaran pemiliknya iaitu Allah SWT. Di samping itu, janganlah kita mengabaikan adab-adabnya.

Ulama berkata: "Sekiranya kamu melayarkan kapal di dalam lautan ini, kamu akan memperolehi kejayaan dan kerehatan (ketenangan) dalam pelayaran tersebut. Akan datang kepadamu angin kegembiraan dari wangiannya yang suci, dan bauannya yang semerbak bernilai dan mengadap kepadamu kelembutan inayah dengan kesempurnaan pilihan yang disertai dengan ri'ayahpembelaan Allah. Kamu akan ketahui perkara yang belum pernah kamu ketahui dan memahami perkara yang belum pernah kamu fahami.

"Maka terhasillah bagimu segala cita-cita dan tercapailah segala keinginan dan kegembiraan. Maka selepas itu berusahalah mengulang-ulang membacanya dan tenggelam di dalam lautan rahsianya. Berwaspadalah daripada meringan-ringankannya dan tergopoh-gapah ketika membacanya."


Menyelami kitab-kitab ahli hikmah

Para ulama juga menyarankan kita menjadikan bacaan kitab-kitab tasauf sebagai wirid. Hendaklah kita perkemaskan renangan kita di dalamnya. Jadikan ia sebagai sahabat dan teman bermesra pada waktu pagi dan petang, dan pegangan dalam semua keadaan.

Taklifkan diri kita beramal dengan isi kandungannya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. Insya-Allah, hati kita akan menjadi lembut dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua keadaan.

Justeru, pada minggu ini kita tinggalkan dahulu tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan dan kami ingin membawa saudara merenung satu lagi kalam hikmah yang dipersembahkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al-Sakandari r.a tentang istiqamah dalam perhambaan.


Istiqamah dalam perhambaan

Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun kita tidak sepatutnya dikalahkan oleh kesalahan yang kita lakukan hingga bersikap pesimis dan berprasangka buruk dengan Tuhan. Kita seharusnya ingat bahawa setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a membongkar satu lagi hikmah Allah dalam kalam hikmahnya yang indah yang berbunyi: "Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu".
Kita tidak seharusnya merasa putus asa daripada beristiqamah bersama Allah apabila terlanjur melakukan dosa.
Dengan bersikap sedemikian, hanya akan menjadikan dosa kita lebih besar.

Istiqamah bermaksud sama keadaan dalam ubudiah terhadap Tuhan. Dosa tidak menyekat seseorang hamba itu daripada terus istiqamah dalam perhambaannya kerana seseorang hamba itu tidak dapat lari daripada takdir yang telah ditulis baginya.

Cuma, perkara yang menghalang seseorang daripada istiqamah ialah jika dia berterusan melakukan dosa tersebut. Malah bertekad untuk mengulanginya. Menginsafi hakikat ini, maka wajiblah hamba tersebut segera bertaubat kerana berkemungkinan ia adalah dosa terakhir yang ditakdirkan baginya.

Kadang kala kesalahan itu juga merupakan suatu rahmat dan peringatan buat kita yang sedang lalai atau leka. Apabila kita terjatuh, maka kita akan lebih berusaha untuk bangun dan maju ke hadapan. Setelah itu, kita dapati ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.

Perhatikan, telah berapa banyak perkara sebegini terjadi kepada orang yang pernah melakukan dosa besar.
Sebelumnya mereka adalah seorang pencuri, tetapi kemudian menjadi orang yang mulia. Di antara mereka ialah tokoh sufi yang terkenal, Ibrahim ibnu Adham.

Beliau bertaubat setelah mendengar suatu bisikan ketika sedang berburu. Setelah itu beliau sering berdoa dengan doanya: "Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan."

Begitu juga Fudhail ibnu 'Iyadh r.a yang asalnya seorang penyamun. Sebelum bertaubat, dia begitu berminat dengan seorang jariah. Pada suatu hari, ketika memanjat dinding rumah jariah itu, dia mendengar suara orang yang sedang mengalunkan ayat 16 surah al-Hadid: Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq-derhaka.

Selepas mendengar ayat itu datang keinsafan di dalam hatinya sehingga hari ini kita mengenalinya sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Justeru, jadikanlah mereka sebagai model yang boleh membuka minda dan hati kita untuk bersangka baik dengan Allah.

Banyak ayat dan hadis yang mengingatkan kita tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah. Di antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar: 53)

Allah SWT juga berfirman : Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56). Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman: Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasulullah SAW: "Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya".

Maka marilah kita, sebagai hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan kesalahan berazam tidak sekali-kali berputus asa daripada berusaha dan kekal beristiqamah pada jalan 'ubudiahwalau betapa perit dirasakan melalui jalan yang satu ini.

Artikel ini dipetik dari Ruangan Bicara Agama, Utusan Malaysia keluaran 2 Safar 1431 / 18 Januari 2010

Khamis, Januari 14, 2010

Do You (Really) Believe in 'Allah'?


Oleh MD ASHAM AHMAD
Everybody knows “Allah” is not a Malay word but nobody would question a Malay using the word to refer to the god that he or she worships because Malays are Muslims, and all Muslims of all nations call Him with this name because He says in the Qur’an that that is His name, and He is to be addressed with that name.
Now we are here talking about “naming” god; we can’t afford to have it wrong. Even ordinary people would feel offended (let alone people like the royalties, politicians or film stars) if their names are not pronounced correctly. Just imagine what they would feel if wrong names or titles were attributed to them!
But why must there be a need to “name” Him in the first place? Should not He, if He ever revealed anything, reveal His own name? And if there is anything worthy of being called the word of god, His name should not be unknown because how can one ever find god if even His name is not known to him?
Muslims do not create names for god or borrow names from whatever language to refer to god. They are not used to that kind of practice because even the name of their religion, i.e. Islam, and the name of those who submit to god by following that religion, i.e. Muslim (pl. Muslimun) are given by Allah Himself, not their own creation, let alone the outsiders. Hence, they do not accept when the Christians called them Mohammedans, and their religion Mohammedanism.
Firstly, Muhammad to the Muslims is not what Jesus Christ is to the Christians; Muslims do not worship Muhammad.
Secondly, Islam is not an ideology created by Muhammad for it to be called Mohammedanism. And thirdly, Muslims were conscious of their own identity from the very beginning, they do not call themselves Muslims because people have been calling them with that name, unlike the Christians who took their name from their enemies, the Romans.
From a Muslim’s perspective, it is not proper for a religion which claims to be a truly revealed religion not to know the name of god whom it calls all mankind to worship. It is even shameful, to say the least, for a religion to borrow the name of god of other religions and even more so if the religion from which the name is borrowed is considered a false or deviant religion!
When the Christians, whose conception of the nature of god is diametrically opposed to that of Islam, insist on their right to use the term “Allah” to denote the Christian god, of course the Muslims would oppose it. It is not that they want to “monopolize” the term as some people claimed it to be the case. On the contrary, the Muslims are demanding the Christians to be precise in their employment of terms that could confuse the public.
Practically they cannot prevent the Christians from using whatever term they like for their god including the term “Allah” or even Mickey Mouse for that matter. Still, they have to oppose because as far as they are concerned the word “Allah” as used and understood in Malay language is not the god of Christianity.
The Christians argue that “Allah” also means the god of Christianity in Malay language because they claim the term was used in an old Malay bible and Christian prayer book. They also argue that the word “Allah” had been used by the Christian Arabs long before Islam.
Suppose that they can prove the existence of the above mentioned documents in which the term “Allah” can be found. We can argue that it does not grant the conclusion that “Allah” also means the Christian god in Malay. It simply means the attempt by Christian missionaries to impose Christian meaning on the term is not something new. Whether the document is old or new is not what matters here because our contention is still the same: the Malays never used the term “Allah” to mean a Christian god, it is the Christians, now and then, who have been trying very hard to make them accept that.
Furthermore, if “Allah” also means a Christian god in Malay there is no point of attempting to “Christianise” the Malays because they were already Christians!
Muslims and Christians claim that their religions respectively are based on the scriptures, the revealed words of god. Muslims’ scripture, the Qur’an, which was revealed in Arabic, clearly mentions Allah as the name of god that every Muslim, regardless of race and nation, worship.
What we know is that the word “Allah” never occurred in the Hebrew, Greek, or Latin versions of the Old and New Testament, and there is no reliable evidence of the existence of any pre-Islamic Arabic translation of the bible. The first and most important Arabic version, which became the standard version for all Jews in Muslim countries was made by Sa’adia ben Joseph (892–942).
Several modern Arabic translations by both Protestants and Catholics were made in the 19th and 20th centuries. It is possible that the term Allah is used to refer to Christian god in these translations. But why “Allah”, not the terms used in Hebrew, Greek, or Latin versions?
Obviously the term Allah is only used in bibles translated into the languages of the Muslim peoples, including Malay, where the term exists as the result of the Islamization of the language and mind of the Malays. One would not find the term “Allah” in Algonquin Bible which was translated for the American Indians in 1663, let alone in English versions like Wycliffe’s, Tyndale, Douay, King James or Confraternity. There is no reason to use the term Allah to refer to the Christian god because “Allah” had never been the god of American Indians or the English people, hence the word do not exist in their languages.
It is thus very interesting to know why some Christians in this country are so adamant in demanding what they call their right to use the term “Allah” citing the usage of the term by Christian Arabs long before Islam. Since when did the Christian Arabs and their language (Arabic) became very important to Christianity and the Christian community as a whole? Arabic is not at all important compared to Hebrew, Greek and Latin when it comes to understanding Christianity from its original sources.
But nobody can understand the Qur’an and the religion of Islam without the knowledge of Arabic, and by Arabic here we mean the Islamised Arabic, the language that was thoroughly transformed with the revelation of the Qur’an. The importance of (Qur’anic) Arabic with regard to the making of the worldview of the Muslim peoples cannot at all be compared with the importance of Arabic in Christianity.
When the Christians here tell the government to let them use of the word “Allah” because pre-Islam Christian Arabs had used the word, the assumption is that the Malays are automatons who will comply with anything that comes from Arabia. They are utterly mistaken. When the Malays use the word “Allah” in their language they mean Allah of the Qur’an, not Allah of the pagan or Christian Arabs.
The Malays had no cultural or religious relation with the pagan or Christian Arabs, before or after Islam. Their special connection with the Arabs and Arabic language is founded upon something that they commonly share, namely Islam and the Qur’an. All the key terms (together with their meanings and significations) that make up the worldview of the Malays are derived from the Qur’an. As a matter of fact these key terms are shared by all Islamic languages, not just Malay language.
Clearly what the Christians are trying to do is to de-Islamise Malay language for missionary purpose. And if they say it is their right to do mission to the Malays (which is not a secret) then shouldn’t we, the Malays, also claim our right to repel any effort to undermine our religious and cultural identity?
Unfortunately it was the Malays themselves who had sabotaged their own culture and religion. They did that first of all by allowing “Bahasa Melayu” to be named “Bahasa Malaysia”.
* Md. Asham Ahmad is a Fellow, Centre for Syariah, Law and Political Studies at the Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM)
Artikel ini dipetik dari laman web Islam, Iman, Ihsan.

Selasa, Januari 12, 2010

Merungkai Persoalan Kesejagatan Islam: Di sebalik kemelut penggunaan Kalimah Allah

Oleh Dr Haslina Ibrahim

Islam adalah agama yang menekankan unsur-unsur kesejagatan selaras dengan misi pengutusan Rasulullah s.a.w yang bersifat rahmat kepada seluruh alam yang melangkau batas waktu dan tempat. Oleh kerana itu, Islam diperkenalkan sebagai agama fitrah, iaitu agama yang meraikan unsur tabi’ie manusia yang cintakan nilai-nilai kesederhanaan (al-wast), kesejahteraan/kebahagiaan (al-sa’adah), dan kebenaran (al-haq). Kesederhanaan dalam ertikata menolak sebarang unsur melampau dan bukan bermaksud kompromi dari aspek kualiti. Kesejahteraan memberi makna lebih dari kebahagiaan malah keselamatan. Manakala kebenaran bererti sesuatu yang sahih dan betul.

Pengertian nilai-nilai ini mungkin menurut sesetengah rasionalis hanyalah bersifat interpretasi individu terhadap apa yang difahami sebagai nilai-nilai keagamaan. Namun para rasionalis tidak mungkin dapat menolak logik kecenderungan aqal manusia kepada nilai-nilai tersebut berbanding norma-norma yang berlawanan seperti keterlaluan yang melampaui batas (extremism), kesengsaraan (misery) dan kesesatan (astray). Oleh yang demikian, nilai-nilai yang bertepatan dengan tabi’ie manusia ini, bukanlah hak ekslusif Muslim malahan ianya adalah nilai-nilai sejagat yang sewajarnya diterima pakai oleh setiap agama yang menginginkan kebaikan kepada penganutnya.

Nilai-nilai yang disebutkan di atas hanyalah merupakan sebahagian dari nilai-nilai kehidupan yang sejagat yang dipelihara oleh Islam. Dalam konteks perbincangan ini, penulis memberi penekanan terhadap nilai-nilai tersebut yang merupakan sebahagian daripada maksud atau objektif undang-undang Islam (maqasid al-syari’ah). Perlu ditekankan di sini, walaupun undang-undang Islam dari segi praktisnya tertakluk kepada orang Islam namun dari segi idealnya undang-undang Islam dibina di atas nilai-nilai yang bertepatan dengan nilai-nilai sejagat (universal value). Kemungkinan untuk pernyataan ini ditolak dan disanggah oleh mereka yang ragu-ragu terhadap agama, mahupun individu bukan Islam yang prejudis terhadap Islam sememangnya ada. Namun, keraguan mereka tidaklah sebegitu kronik sekiranya keraguan tersebut turut melanda individu Muslim itu sendiri yang mungkin terdiri daripada golongan pelampau Muslim samada yang berhaluan kiri mahupun kanan, atau skeptik Muslim yang ragu-ragu dengan Islam mahupun individu Muslim yang tersasar jauh dari asas-asas dan tradisi agama,

Hubungkait di antara kesejagatan Islam dan keluhuran undang-undang Islam inilah yang mengundang persoalan terutamanya di kalangan golongan bukan Islam. Bagi golongan Islam pula, cabarannya adalah bukan sahaja dari segi memperjelaskan hubungan tersebut, bahkan yang lebih perit lagi ialah untuk menterjemahkan kefahaman mereka terhadap hubungan tersebut secara teori dan praktisnya dengan tepat, berhemah dan berhikmah.

Sesungguhnya, golongan Islam dan bukan Islam di Malaysia memerlukan platform yang bersesuaian di mana persoalan-persoalan berkaitan keagamaan boleh diperjelaskan. Penulis tidak bermaksud bahwa platform tersebut akan menjadi suatu pentas yang ideal yang boleh menyelesaikan semua krisis kefahaman antara agama yang mungkin timbul. Namun platform ini perlu wujud bagi membuka ruang komunikasi maklumat, interaksi, dialog dan perdebatan yang sihat di antara kaum berbilang agama di Malaysia. Sekurang-kurangnya jika di masa hadapan, berlaku lagi krisis kefahaman antara agama yang diheret ke mahkamah, beberapa persepsi mahupun kekeliruan telah sempat diperjelaskan. Hak untuk masyarakat umum memahami apa yang berlaku, mempunyai dan memperbetulkan persepsi peribadi tidak sewajarnya dinafikan dengan kuasa mahkamah semata-mata. Ini hakikat yang perlu diterima oleh semua penganut agama di Malaysia kerana realiti kehidupan bermasyarakat majmuk di Malaysia bukanlah suatu fenomena yang baru. Realiti ini perlulah difahami secara tuntas dan dipelihara. Realiti ini juga sudah menjadi realiti global di mana tidak ada agama pun hari ini yang boleh hidup secara ekslusif dan tertutup.

Perkembangan yang berlaku baru-baru ini di negara kita, yang melibatkan konflik penggunaan kalimah Allah, adalah insiden agak malang bagi sebuah negara yang dari segi sejarahnya telah menempuhi separuh abad hidup dalam masyarakat majmuk. Sedar atau tidak, kehidupan bermasyarakat majmuk sudah menjadi realiti di peringkat global dan bukan lagi fenomena unik di Malaysia. Sementera negara-negara lain sudah mula merangka pelan tindakan bagi menangani krisis antara agama mahupun antara kaum, Malaysia masih lagi ketinggalan. Rakyat Malaysia secara umumnya lebih melihat unsur-unsur kepelbagaian yang terhad kepada perayaan festival dan faham kebudayaan yang sempit. Kalau adapun inisiatif untuk memahami realiti kepelbagaian ini ianya hanya terhad di wacana-wacana akademik yang kesannya tidak dirasai oleh rakyat secara umumnya. Badan-badan Bukan Kerajaan yang mewakili penganut pelbagai agama masih bersikap tunggu dan lihat dan melihat interaksi antara agama sebagai suatu agenda yang ad-hoc sifatnya. Selebihnya, realiti kepelbagaian ini diambil mudah (taken for granted) dan hanya berakhir dengan slogan-slogan yang retorik dan bermusim sifatnya.

Perlu diingatkan bahawa krisis kefahaman yang baru berlaku ini hanyalah suatu pembukaan kepada krisis-krisis lain yang akan datang yang kemungkinan juga akan menggunakan saluran mahkamah sebagai mencari jalan penyelesaian. Keluhuran undang-undang Islam sememangnya suatu perkara yang sangat sensitif bagi umat Islam. Justeru itu respon dari umat Islam terhadap krisis yang berlaku seharusnya dijangka dan penulis beranggapan ia adalah suatu respon yang normal. Hakikat keluhuran inilah yang perlu difahami oleh golongan bukan Islam di Malaysia. Dalam konteks hubungan antara agama, setiap penganut perlu memahami garis sempadan yang wujud supaya hubungan antara agama yang postitif dapat dikekalkan. Namun adakah garis sempadan ini difahami secara tuntas oleh setiap agama yang ada di Malasyia? Di manakah platformya agar garis-garis sempadan ini boleh diperjelaskan?

Kesan dari penggunaan kalimah Allah sebenarnya bukan shaja tertakluk kepada umat Islam khususnya di Malaysia. Malah dalam konteks dunia tanpa sempadan hari ini, kesan yang paling akan dirasai tentulah penganut agama Kristian sendiri. Kalimah Allah mempunyai makna yang amat berbeza dari faham Triniti yang dipegang oleh penganut agama kristian. Kemungkinan implikasi penggunaan kalimah Allah ini kepada kefahaman penganut agama kristian juga perlu difikirkan oleh pemimpin agama Kristian di Malaysia sendiri. Sejarah merekodkan bahawa aliran unitarianisma (Unitarianism) di kalangan Christian (yang mendokongi faham monotisma dan menentang doktrin yang mengaitkan Jesus sebagai anak tuhan, sebaliknya sebagai rasul utusan tuhan) telah diperangi habis-habisan oleh Gereja Katholik. Apakah mungkin penggunaan kalimah Allah ada hubungkaitnya dengan faham unitarianisma, dan bagaimanakah respon Gereja Katolik terhadap aliran ini yang nyata bertentangan dengan aliran Triniti. Apakah mungkin pada dekad ini Gereja Katolik tidak akan mensabitkan tindakan mengguna pakai kalimah Allah ini sebagai suatu usaha membawa semula faham monotisma ke dalam agama Kristian yang seterusnya disabitkan sebagai sesat (blasphemy) dan seterusnya dinyahkan dari Gereja (excommunicated) sebagaimana yang terjadi pada Arius.

Sesungguhnya di sebalik yang tersurat banyak lagi yang tersirat. Namun bagi umat Islam di Malaysia, sudah tiba masanya menghayati semangat kesejagatan Islam dan melihat masalah yang berlaku sebagai peluang muhasabah dan peluang dakwah. Oleh yang demikian, umat Islam di Malaysia disarankan untuk melihat permasalahan penggunaan kalimah Allah ini dalam konteks yang lebih terbuka dan bukan berdasarkan sentimen semata-mata. Isu ini telah dibawa ke mahkamah, keputusan telah pun diketahui dan peruntukan memperbolehkan rayuan untuk dibuat. Demikianlah keadaannya prosedur undang-undang yang perlu dipatuhi. Bagi golongan bukan Islam pula, jika nilai-nilai kesejagatan, kesejahteran dan kebenaran yang difahami Islam dianggap tidak relevan, maka mereka juga perlu mencari nilai-nilai tesebut di dalam agama mereka sendiri.

Bagi pihak yang berkenaan, mungkin inilah masa yang sesuai untuk mengkoreksi strategi memperbaiki hubungan antara kaum di Malaysia yang selama ini hanya bergantung kepada slogan. Institusi-institusi agama Islam di Malaysia juga perlu bekerja lebih praktikal dalam menerangkan nilai-nilai kesejagatan Islam dan tidak tertumpu kepada menerangkan Islam sebagai dasar dan polisi negara semata-mata. Pemimpin-pemimpin agama, dari majoriti dan minoriti, perlu kembali menyoroti nilai-nilai kesederhanaan, kesejahteraan dan kebenaran dalam konteks agama masing-masing. Inilah masanya untuk membuktikan slogan yang sering dilaung-laungkan oleh setiap mereka yang beragama bahawa tiada agama yang mahukan fanatisma, kesengsaraan dan kesesatan!


Isnin, Januari 11, 2010

Penggunaan Kalimah ALlah


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


SEMINGGU dua ini, negara amnya dan masyarakat Islam khasnya hangat membicarakan tentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam. Ruangan ini turut terpanggil untuk cuba menjernihkan fahaman dalam isu ini.

Terutama apabila ada juga tokoh dan individu Islam yang mengeluarkan pandangan mempertahankan keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini yang membenarkan satu penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.

Apabila menimbangkan boleh atau tidak sesuatu itu dilakukan di sisi Islam, kaedah syarak menuntut kita mengenal-pasti hukum asal perkara tersebut serta turut memahami realiti sebenar atau situasi yang melatari sesuatu perbuatan atau isu.

Dalam ruang yang terbatas ini, kami akan membentangkan beberapa hujah di sebalik pandangan yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama selain Islam.

Di dalam al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang membawa larangan dan peringatan tentang menyalah-gunakan nama Allah.

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadanya. Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan sebanding dengan-Nya? (Maryam: 65)

Ayat ini ditafsirkan oleh para ulama dengan beberapa tafsiran:


  1. Di dalam kitab Tafsir Hadaiq al Rauh wa al Raihan H: 187 ayat ini ditafsirkan dengan maksud: Adakah kamu mengetahui, wahai Muhammad! Bagi Tuhan Yang Maha Suci ada perkongsian pada namaNya (pada menamakan-Nya dengan lafaz al Jalalah atau dengan Tuhan tujuh petala langit dan bumi. Ayat istifham (soalan) ini didatangkan dengan tujuan ingkar, iaitu maknanya: Sesungguhnya Allah itu tidak ada baginya misal atau bandingan sehingga Dia boleh disekutukan dalam ibadah dan dari sini akan melazimkan nama ini tidak khusus bagi Allah. Apabila ternafinya sekutu bagi Allah, maka layaklah Allah itu di-Esakan dalam ibadah dan dikhususkan baginya.
  2. Pendapat kedua mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang dinamakan dengan Allah selain Allah. Atau, nama yang lain dari nama yang Allah sendiri namakan bagi diri-Nya.
  3. Pendapat ketiga mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang layak dengan kesempurnaan nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.
  4. Pendapat keempat mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui nama yang lebih agung daripada nama yang unggul ini. Atau, nama-Nya diterbitkan dari sesuatu seperti nama-nama makhluk-Nya.

Sesungguhnya Allah itu tiada satu pun yang menyerupai-Nya. Ia adalah nama yang hanya menunjukkan kepada Zat Tuhan yang tertegak pada-Nya sifat-sifat.

Sama seperti isim alam yang lain yang menunjukkan kepada apa yang dinamakan tanpa diambil daripada mana-mana nama. Ia adalah nama yang diungguli oleh Allah, yang dikhususkan bagi diri-Nya dan disifatkan bagi Zat-Nya.

Ia didahulukan dari nama-nama-Nya yang lain dan nama-nama-Nya yang lain bersandar kepada nama ini dan semua nama yang datang selepasnya adalah sifat bagi-Nya dan bersangkutan dengannya.


Nama-nama Allah

Nama-nama Allah SWT yang lain disifatkan sebagai nama-nama Allah SWT yang lain dan kebiasaannya hanya dikenali dengan disandarkan kepadanya (Allah).

Oleh itu disebut, ia adalah nama-nama Allah dan tidak disebut ia adalah nama-nama al Sabur,al Ghafural Jabbar dan sebagainya.

Demikian juga keIslaman seseorang itu tidak akan sempurna melainkan dengan menyebut nama yang satu ini. Ia tidak menerima sebarang gantian dan tidak disebut nama gantiannya yang lain.

Misalnya dengan mengucapkan dalam syahadah dengan kalimah, "Tiada Tuhan melainkan al Ghaffar, atau al Rahim atau al Jabbar dan sebagainya.

Hanya yang digunakan dan disebut adalah, "Tiada Tuhan melainkan Allah". Inilah juga yang disebut oleh al-Quran dan hadis kerana ia adalah nama yang paling menunjukkan kepada hakikat makna Ilahiyyah dan dikhususkan baginya.

Ia juga adalah nama yang tidak memerlukan kepada nama-nama yang lain untuk diperkenalkan tetapi nama-nama yang lain itu dikenali dengan disandarkan kepadanya.

Perkataan Allah itu sudah mencukupi bagi pertuturan dan zikir (sebutan) tanpa perlu disifatkan dan di takhalluq (disifatkan manusia dengan sifat-Nya).

Allah telah menegaskan di dalam Kitabnya yang mulia: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (al-A'raaf: 180)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat beberapa pendapat ulama tentang maksud mulhid:

Berkata Mujahid: Mulhid ialah orang yang menamakan Allah sebagai bapa dan berhala-berhala mereka sebagai tuhan-tuhan dan seumpamanya.

Berkata Ibnu Abbas makna (Yulhidun) ialah mendustai.

Berkata Qatadah: Maknanya mensyirikkan Allah.

Berkata al Khattabi: Salah dalam menamakan Allah dan menyimpang dari nama-Nya yang sebenar adalah Mulhid. (Al Bahr al Muhit fi al Tafsir jld 5 H: 232)

Maksud ayat ini, Allah Yang Maha Suci, bukan yang lain-Nya, mempunyai nama-nama yang sebaik-baiknya dan seagung-agungnya bagi menunjukkan kepada sebaik-baik dan semulia-mulia nama-Nya.

Merujuk kepada ayat-ayat di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa nama-nama Allah, apatah lagi kalimah Allah itu sendiri sebagai nama yang khusus bagi Allah SWT bukanlah boleh digunakan sewenang-wenangnya dan tanpa batasan.

Pelbagai hujah lain yang mendokong larangan penggunaan kalimah Allah ini datangnya dari pelbagai sudut termasuk bahasa, falsafah dan seumpamanya.

Oleh kerana kesuntukan ruang, kami mengesyorkan dua tulisan yang memuatkan hujah-hujah ini secara lebih panjang.

Ia boleh didapati dengan mudah di Internet iaitu makalah bertajuk 'Antara Nama dan Hakikat' oleh Md. Asham Ahmad serta makalah 'Hujah Menolak Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian' oleh Mohd. Aizam Mas'od.


'Bermain'

'Bermain' hujah dan dalil berkaitan isu ini sebenarnya bukanlah urusan orang awam dan mereka yang bukan berkeahlian.

Oleh itu kita harus bersyukur kerana sebenarnya sudah ada suatu keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu ini yang bertarikh 7 Mei 2008.

Keputusan fatwa ini jelas mengkhususkan penggunaan kalimah Allah bagi orang Islam. Kami dimaklumkan bahawa hanya empat negeri sahaja yang belum mewartakan keputusan fatwa ini sebagai fatwa rasmi negeri.

Perlu juga diingat bahawa terdapat beberapa keputusan Kabinet mengenai larangan yang sama.

Dari segi undang-undang perlembagaan dan sivil pula, Perkara 11(4) telah membolehkan negeri-negeri di Malaysia meluluskan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama di kalangan orang Islam.

Undang-undang yang telah diluluskan di 10 negeri ini jelas melarang penggunaan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain oleh agama selain Islam.

Kita tidak menafikan bahawa mungkin masih ada perbezaan pandangan di kalangan segelintir para ulama dan ilmuwan Islam tentang hal ini.

Namun bukankah hujah-hujah yang melarangnya seperti yang sebahagiannya kami nukilkan di sini menuntut kita lebih berhati-hati dan berwaspada dalam isu ini?

Apatah lagi jika diinsafi bahawa kita sekarang bukannya membicarakan isu-isu cabangan dalam agama yang lebih rendah kedudukannya.

Isu yang kita bahaskan ini melibatkan adab kita dengan Allah Rabbul Jalil.

Jika kita tidak berhati-hati kita boleh tergelincir hingga berlaku kurang beradab dan hormat kepada Allah, Tuhan sekelian alam.

Rasulullah SAW ada berpesan dalam suatu hadis yang dianggap antara hadis-hadis induk dalam Islam bahawa,
Perkara yang Halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang Syubhah yang tidak diketahui hakikatnya oleh kebanyakan manusia. Dan sesiapa yang menjauhi perkara Syubhah maka dia telah benar-benar menjaga kesucian agamanya dan maruahnya. Seumpama pengembala yang membawa ternaknya ke sempadan kawasan larangan. Sangat dibimbangi akan termasuk ke dalamnya.(riwayat Imam Bukhari dan selainnya serta termasuk dalam himpunan Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi)

Lalu kita ingin tanyakan, bukankah dalam isu ini yang melibatkan hak dan adab dengan Allah SWT kita lebih-lebih wajar menjauhi batas-batas syubhat kalaupun ada di kalangan kita tidak meyakini pengharamannya secara pasti?

Berasaskan semangat ini dan berbekalkan fatwa, undang-undang dan keputusan yang sedia ada marilah kita sekalian umat Islam di Malaysia mempersatukan saf dalam mengambil pendirian dalam hal ini.

Maslahah ummah amat jelas memerlukan sikap ini sedangkan maslahah untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi agama yang lain dalam konteks Malaysia sangatlah kabur dan rapuh.

Umat Islam yang cintakan kesepaduan dan kekuatan ummah seharusnya mengenepikan perbezaan pandangan yang terlalu akademik dalam isu ini dan mengutamakan perkiraan maslahah ini.

Semoga Allah SWT membuka jalan penyelesaian dan keselamatan bagi kita semua dalam menghadapi persoalan ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Artikel ini dipetik dari Ruangan Bicara Agama, Utusan Malaysia keluaran 11 Januari 2010 / 25 Muharram 1431.

Rabu, Januari 06, 2010

Keputusan Muzakarah JK Fatwa Majlis Kebangsaan isu Penggunaan Kalimah ALlah oleh Penganut Kristian


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah        :           Kali Ke-82

Tarikh                     :           5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat                      : Holiday Villa Hotel & Suites
Alor Star Kedah
1)         Ulasan/Hujah
i.  Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana  perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
ii.  Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam  bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
iii.  Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
iv.  Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
v.  Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
vi.  Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan  berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
vii.  Umat Islam perlu  tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk  mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
viii.  Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
ix.  Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
x.  Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
xi.  Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
xii.  Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
2)         Keputusan

i.  Setelah  meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
ii.  Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekatmengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Isnin, Januari 04, 2010

Benarkah Musyrikin Boleh Bertauhid Rububiyyah?


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN



sujud hamba-hamba-Nya yang soleh semata-mata kerana Allah SWT.


BERTEMU kembali di ruangan Relung Cahaya pada tahun baru 1431 Hijrah. Semoga penghijrahan kita kali ini lebih bermakna dan turut melonjakkan kita dalam perjalanan kita menuju kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Kembali kepada tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan. Setelah kita meneliti beberapa dalil dan jawapan yang menunjukkan kepincangan dan kebatilan tauhid tiga serangkai, ada baiknya kita juga memerhatikan sebahagian dalil yang digunapakai oleh pengikut tauhid ini bagi menegakkan pendapat mereka yang kabur.

Kami telah menerima maklum balas daripada mereka yang berpegang dengan tauhid ini dan mereka telah menyatakan dalil-dalil mereka. Namun, di sini kami hanya akan mengutarakan sebahagiannya sahaja dan jawapan bagi hujah mereka tersebut. Manakala sebahagiannya lagi, kami akan susuli pada ruangan dan kesempatan yang lain, insya-Allah.

Sebelum memanjangkan kalam, kami ingin menyuarakan biarlah perbicaraan kita ini difokuskan kepada tajuk yang dibincangkan, bukannya mencemuh pihak yang tidak sependapat dengan kita. Andai kita merasa kita lebih bijak dan lebih mengetahui, sepatutnya kitalah juga yang lebih bijak dan mengetahui tentang adab-adab berbicara dan berdebat.

Bukanlah tujuan kami mengetengahkan tajuk ini untuk menyentuh sensitiviti sesiapa, mencari ruang permusuhan atau mengkafir dan menyesatkan sesiapa. Tetapi tujuan kami hanya untuk melihat kebenaran itu tertegak dan kebatilan itu terpadam.

Berbalik kepada tajuk yang kita bicarakan, kami ingin menegaskan bahawa antara perkara utama yang menyebabkan kami menolak pembahagian tauhid ini ialah pembahagian tauhid ini telah mengkategorikan orang musyrik termasuk di dalam golongan ahli tauhid dengan tauhidrububiyyah, bukannya sifat rububiyyah atau uluhiyyah bagi Allah.

Mereka yang berpegang dengan tauhid ini berpegang dengan firman Allah SWT dalam surah al Zumar ayat 38: Dan demi sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab, "Allah."

Mereka juga berpegang dengan firman Allah SWT: Tanyakanlah lagi, "Siapakah tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?" Mereka akan menjawab, "(Semuanya) kepunyaan Allah." Katakanlah, "Mengapakah kamu tidak mahu bertaqwa? (al-Mukminun: 86 dan 87)
Ayat-ayat lain yang serupa dengan ayat ini banyak terdapat di dalam al-Quran.

Kami menyatakan bahawa hujah ini terlalu lemah. Ini kerana orang-orang musyrik hanya mengaku dengan lidah mereka kewujudan Allah ketika mana mereka berada dalam keadaan terdesak setelah dikemukakan hujah-hujah kepada mereka. Sedangkan hati-hati mereka menolak dengan apa yang mereka ungkapkan dan mengingkarinya. Allah SWT telah menjelaskan hakikat mereka melalui firman-Nya: Mereka menjadikan kamu senang hati dengan mulut mereka, sedangkan hati mereka menolaknya. (al-Taubah: 8)


Berikrar

Berikrar dengan lidah semata-mata tanpa ditasdiqkan (dibenarkan) dengan hati, tidak ada nilainya dan tidak dikira pengakuannya itu di sisi syariat Allah.

Untuk lebih jelas lagi, perhatikanlah sambungan ayat daripada surah al-Zumar di atas yang bermaksud: Katakanlah (kepada mereka wahai Muhammad): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah selain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri. (al-Zumar: 38)

Ayat ini jelas menunjukkan pembohongan dan kepura-puraan perkataan mereka. Mereka ini tetap juga menyandarkan kemudharatan dan manfaat kepada selain Allah. Mereka sebenarnya jahil tentang Allah dan mendahulukan tuhan-tuhan mereka daripada Allah, hatta dalam sekecil-kecil perkara.

Sekiranya jawapan ini belum cukup untuk memuaskan hati pengikut tauhid tiga ini, marilah kita perhatikanlah semula perkataan orang musyrik kepada Nabi Hud AS: Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu). (Hud: 54)

Bagaimanakah pengikut tauhid tiga boleh mengatakan orang musyrik mempercayai bahawa hanya Allah yang berkuasa dalam urusan mentadbir, memberikan manfaat dan mudharat sehingga mereka layak dikatakan mempunyai tauhid rububiyyah? Padahal mereka mempercayai bahawa berhala-berhala mereka mampu mendatangkan mudharat dan manfaat?

Seterusnya, perhatikanlah pula ayat 136 dari surah al-An'aam ini: Dan mereka (orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan binatang-binatang ternak yang diciptakan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian lagi untuk berhala-berhala mereka), lalu mereka berkata: "Ini untuk Allah - menurut anggapan mereka - dan ini untuk berhala-berhala kami." Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana mereka tidak membelanjakannya pada jalan Allah), dan apa yang telah ditentukan untuk Allah, sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakannya pada jalan itu). Amatlah jahatnya apa yang mereka hukumkan itu.

Jika orang musyrikin mentauhidkan Allah dari sudut rububiyyah kenapakah mereka telah mendahulukan berhala-berhala mereka daripada Allah daripada sekecil-kecil dan serendah-rendah perkara.

Allah telah berfirman dalam menjelaskan kepercayaaan mereka terhadap berhala-berhala mereka: Dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat itu). (al-An'aam : 94)

Perhatikanlah betul-betul ayat-ayat ini, kemudian apakah pendapat kalian terhadap kebenaran tauhid uluhiyyah dan rububiyyah ini yang mengatakan bahawa orang musyrikin dan Muslimin adalah sama dan hanya berbeza pada tauhid uluhiyyah?

Dalil yang lebih menjelaskan lagi perkara ini ialah firman Allah: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. (al-An'aam: 108)

Adakah selepas memerhatikan ayat-ayat Allah ini, kita masih melihat bahawa pengakuan orang musyrikin sebagaimana dalam surah al Zumar ayat 38 di atas dan ayat yang seumpama dengannya diungkapkan dengan jujur dan ikhlas?

Adakah kita masih mahu mengatakan bahawa mereka bertauhid dengan tauhid rububiyyah?

Sesungguhnya kami dan ulama Ahli Sunnah sememangnya tidak pernah menolak penyusunan dan pembahagian ilmu yang banyak dilakukan dalam ilmu-ilmu Islam kerana kebaikannya kepada umat Islam. Tetapi kami tidak boleh menerima pembahagian tauhid ini yang implikasinya sangat memudharatkan umat Islam iaitu membuka pintu kepada mengkafirkan ahli Kiblat. Terlajak sampan boleh berundur, terlajak kata binasa.

Artikel ini dipetik dari Ruangan Bicara Agama, Utusan Malaysia keluaran 18 Muharram 1431 / 04 Januari 2010

Formula Intelektual, Rohaniah Ahli Sunnah Wujud Perpaduan




Oleh Muhammad Uthman El-Muahammady

Muafakat dalam agama jadikan Malaysia negara Islam contoh paling baik

SELEPAS mendapat isyarat daripada kawan-kawan dalam e-mel, penulis memasuki internet lalu menulis dalam 'google' kata-kata dalam bahasa Arab 'qaradawi menyeru Malaysia supaya menjaga jati dirinya dengan Mazhab Ash'ari dalam akidah dan Mazhab Shafie dalam fiqh'. Jawapan daripada 'google' menyenaraikan 1,180 laman web yang membawa berita itu. Antara laman web yang sebanyak itu ialah:

http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=-2&item_no=7416&version=1&template_id=116&parent_id=114;

soufia.org/vb/showthread.php?t=7437;

www.ikhwan.net/vb/showthread.php?p=791400;www.al7ewar.net-/forum/showthread.php?p=93845;

www.iumsonline.net/news/799-2009-12-24-14-22-52.html;
www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C...Zone...;

www.alislamnoor.com/vb/show-thread.php?t=6043 dan banyak lagi.

Berita itu seperti berikut ditulis Ahmad 'Abd al-Salam dari Doha: Yusuf al-Qaradawi menyeru Malaysia supaya menjaga jati diri Islamiahnya yang berupa Mazhab Shafie (dalam fiqh) dan Ashariyyah pada akidahnya bagi mendepani pengaruh pemikiran dari luar (seperti Wahabi dan Syiah).

(Seruan demikian) itu dibuat pada penghujung lawatan Yusuf ke Malaysia pada 22 Disember lalu yang berlangsung selama enam hari apabila beliau mengambil bahagian dalam perayaan menghormatinya yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah kerana menghargai jasa ilmiah dan kegigihannya memberi khidmat kepada Islam dan (menghuraikan) isu umat Islam.
"Dan dalam pertemuannya semalam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Qaradawi menyeru Najib dan ulama supaya menjaga jati diri Islamiah Malaysia dengan akidah Ashariyahnya dan Mazhab Shafie, bagi mendepani mana-mana pengaruh pemikiran dan mazhab yang datang dari luar yang memecahbelahkan perpaduan dan merosakkan akidahnya."

Ini disusuli dengan berita mengenai ulasan beliau menyeru Malaysia memainkan peranannya menjaga hubungan baiknya dengan negara jiran supaya merapatkan saf Muslimin dan negara Islam.

Ini diikuti dengan kenyataan Najib dalam ulasannya menegaskan hasrat besarnya dan kerajaan untuk menjaga jati diri ini mengelak daripada daripada perkara khilaf mazhab yang memecahbelahkan dan tidak membawa perpaduan.

Berita ini dinukil penulis kerana ia keluar pada permulaan tahun Masihi 2010 dan juga Muharam 1431 Hijrah. Ia berupa penegasan yang menyokong apa yang dilakukan oleh rakan kita di Malaysia sejak 1980-an lagi bagi menegaskan kembali Ahli Sunnah di rantau ini dan menjaga keutuhannya dalam menjayakan hidup beragama, bermasyarakat, bernegara dan membina tamadun dalam acuan kita sendiri. Kita bersyukur kepada Allah bahawa berita ini memberi penegasan yang nyata mengenai baiknya dan absahnya pendirian kita, yang memang itulah sebenarnya pegangan dan keyakinan kita dari awal lagi. Berita ini boleh membantu mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza dan mahukan 'tajdid segera' berfikir kembali memeriksa pendirian yang mereka ambil dalam hubungan dengan kita. Oleh kerana berita ini, penulis memilih untuk menulis di sekitar tajuk umum mengenai Ahli Sunnah dan wacananya untuk menegaskan kembali apa yang banyak kali disebutkan sebelum ini baik di Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Pertama, kewajipan kita kembali kepada panduan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana ia adalah ajaran dan panduan serta kerangka intelektual dan rohani yang paling absah, matang, tahan uji, utuh, dan menyelamatkan dalam umat ini, bahkan bagi umat manusia seluruhnya kalau mereka mahu mene-rimanya.

Kedua, ia bagi kita adalah akidah, keyakinan mengenai perkara kebenaran yang tertinggi mulai daripada kebenaran berkenaan Tuhan, kenabian, kerasulan, alam ghaib, alam akhirat, kitab suci dari alam tinggi, tadbir Ilahi, dan isu yang berkaitan dengannya. Ia mencakupi hal ketuhanan, ilahiyyat, hal kenabian , al-nubuwwat, dan hal alam ghaib atau ghaibiyyat, perkara yang diketahui melalui saluran Ilahi yakni al-sam'iyyat. Ringkasnya, semua perkara bersangkut keimanan dan keyakinan ada dalam Ahli Sunnah. Inilah akidah yang menyelamatkan dan yang lain tidak ada kemampuan ini dengan izin Ilahi.

Ketiga ialah ia berupa kerangka menyeluruh mengenai semua cara mengetahui (all manner of knowing). Ia epistemologi lengkap atau kerangka kefahaman atau huraian mengenai ilmu pengetahuan, mulai daripada ilmu akidah, ibadat, akhlak, sejarah, ketamadunan, budaya, bahkan sains dan teknologi. Terserah kepada kita untuk memahami kerangka ini kembali, mencapai keyakinan mengenainya, dan memberi pengisian sesuai dengan tunjuk ajarnya. Dengan itu, kita melihat ilmu secara menyeluruh mulai daripada pokok huraiannya mengenai Tuhan sampailah kepada perkara lain yang kita ketahui sama ada yang boleh dilihat dengan mata kepala atau yang maknawi yang kita faham melalui fikiran kita; daripada perkara yang kita tanggapi daripada pengalaman pancaindera kita, sampai kepada perkara yang kita capai dalam bilik makmal kita, apa yang kita fikir dalam tafakur dan apa yang kita saksikan – kalau kita beruntung - menyaksikan rohani diri kita. Allahumma'zuqna amin. Itu semua kita memahaminya dalam panduan dan kerangka Ahli Sunnah yang sarwajagat, ia sah mengikut al-Quran, Sunnah, pengalaman sejarah, pengamatan akal sejahtera manusia, renungan rohani yang paling jauh dan matang; ia benar dan menyelamatkan ketika di sini dan sekarang atau di sana dan akan datang.

Keempat, ia adalah kerangka peradaban dan budaya. Dengan panduannya, manusia hidup, membina tamadun dan budaya menyelamatkan mereka seperti penulis nyatakan dalam makalah sebelum ini. Inilah perkara pokok yang penulis mahu kemukakan untuk pembaca budiman. Inilah yang diterima dalam beberapa seminar yang berlangsung di Indonesia dan Malaysia dalam tiga empat tahun ini hasil kerjasama antara Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan Yadmi di Indonesia. Nampaknya Yusuf juga bersetuju dengan kerangka Asyariah dan Shafiiyah ini.

Penulis juga mahu menyebut kembali apa yang sudah disebut mengenai empat kutub intelektual Ahli Sunnah yang dijadikan panduan itu. Bermula dengan puncanya al-Quran, hadis, ijmak, kias dan kaedah lain dalam pemahaman mengenai hukum serta kaedah ilmu Ahli Sunnah, maka pertamanya kita sebutkan bahawa dalam bidang akidah kita berpegang kepada huraian Imam al-Ash'ari -al-Maturidi dan ulama aliran ini dari dulu sampai sekarang dalam satu kesinambungan ilmiah yang mempunyai autoriti yang sesungguhnya. Dalam kerangka ini kita boleh menambah elemen yang paling absah daripada pengalaman ilmiah dan budaya semasa yang selaras dengan panduan kita.

Keduanya, dalam bidang kerohanian, akhlak, dan falsafah kita berpegang kepada aliran Imam al-Ghazali dan mereka yang paling absah dalam kalangan ahli rohani Ahli Sunnah, bermula dengan al-Qushairi, al-Junaid al-Baghdadi, kemudian al-Ghazali, al-Jilani dan seterusnya sampai ke zaman Syah Waliyullah al-Dihlawi ahli hadis Delhi yang terkenal. Seterusnya sampai kepada Said Nursi di Turki yang menggabungkan dalam dirinya beberapa dimensi: penguasaan terhadap kerangka ilmu Ahli Sunnah yang perkasa dan dalam, hubungan dengan sains moden yang intim dan tepat, pengalaman rohani yang autentik dan benar serta aktivisme dakwah dan pendidikan yang menghairankan.

Ketiganya, dalam hubungan dengan hukum fikah dan syariat, kita berpegang kepada imam mujtahid Quraisy yang disebut oleh hadis nabi, Imam Muhammad Idris al-Shafie, dengan juga mengambil faedah dan pengajaran daripada imam mujtahid dalam Ahli Sunnah melalui empat mazhab terkenal itu. Ulama yang mengikut aliran dan kaedah imam ini kita manfaatkan untuk kita, serta kita gabungkan dengan keputusan baru yang perlu dibuat oleh ahli bidang fatwa kita di negara ini. Alhamdulillah, walaupun kita tidak disebut termasuk ulama dunia, kerja kita dengan muafakat menyebabkan Malaysia disebut sebagai negara Islam contoh paling baik dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Walaupun bicara kita kurang menarik berbanding dengan ramai orang di rantau lain, kita uruskan masyarakat kita dengan baik dan berjaya walaupun banyak lagi yang mesti kita usahakan. Alhamdulillah; kita mesti sebut nikmat Allah kepada kita, supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang kufur nikmat, takut Allah menarik kembali nikmat yang diberikan itu.

Keempat, dalam bidang budaya dan tamadun kita mengikut panduan tokoh seperti ibn Khaldun dengan mukadimahnya pada zaman moden Malik Bennabi dengan karangannya yang relevan untuk kita.

Mudah-mudahan kita terus kekal dengan panduan ini dan kalau ada tajdid, maka kita tidak lakukan 'tajdid segera' seperti setengah golongan tetapi tajdid dalam kerangka kita. Dengan panduan intelektual dan rohaniah Ahli Sunnah dalam empat bidang utama itu, dengan tambahan seperlunya, kita membina kehidupan Islam di Malaysia dan membina tamadun dalam acuan kita yang terjamin. Kita bersatu padu dan bermuafakat dalam panduan ini seperti yang disebut oleh Yusuf Qaradawi dan tidak memandai-mandai mencari alternatif lain kononnya untuk tajdid dan 'tidak jumud' dan 'beku', tetapi kita terus dengan panduan kerangka asal Ahli Sunnah yang menyeluruh itu. Mudah-mudahan Allah kurniakan kejayaan kepada kita dan umat. Amin. Wallahu alam.

Artikel ini dipetik dari ruangan Rencana Berita Harian keluaran 17 Muharram 1431 / 03 Januari 2010