Selasa, September 15, 2009

Sanad dan Ijazah di Sisi Agama

Oleh Tuan Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki

Konsep sanad dan ijazah  memelihara serta menjamin kesahihan sesuatu perkara yang diriwayatkan serta menjadi satu keistimewaan buat umat Sayyiduna Muhammad i. Allah I berfirman:
 “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).”[1]
Oleh yang demikian, Islam amat menitikberatkan permasalahan sanad dan ijazah sebagai bukit kesahihan serta ketulenan sesuatu riwayat dalam membendung perkara-perkara yang dibawa masuk serta ditokok tambah di dalam agama dari perkara usul dan cabangnya. Golongan yang benar-benar memelihara konsep sanad dan ijazah dalam periwayatan  ilmu agama ini adalah satu generasi yang akan sentiasa berada di atas jalan kebenaran walaupun pada zaman tersebut telah berlaku kerosakan yang teruk pada umat Islam. Allah I akan sentiasa memberikan pengawasan terhadap golongan ini kerana mereka adalah golongan pembawa dan periwayat agama yang akan menyebabkan agama ini kekal hingga ke akhir hayat dunia.
Wasiat Salafussoleh Mengenai Sanad dan Ijazah
Sayyiduna Abdullah ibn al Mubarak t menyatakan:
الإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ، وَلَوْ لاَ الإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ
“Isnad itu adalah dari urusan agama dan jikalau tiadanya isnad, semua orang boleh berkata apa yang mereka kehendaki.”
Kenyataan di atas menunjukkan bahawa sanad adalah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh Islam dan merupakan salah satu dari urusan agama. Ini bermaksud jikalau seseorang yang tidak memiliki sanad atau sumber ambilan yang diyakini kesahihannya mendakwa tentang sesuatu perkara, secara tidak langsung dakwaannya tertolak dan terkeluar dari neraca ilmu yang sebenar. Sanad yang sohih juga menjadi hujjah dan senjata dalam menolak penyelewengan musuh-musuh agama. Berkata Imam Sufyan al Thauri t:
الإِسْنَادُ سِلاَحُ الْمُؤْمِنِ، فَإِذَا لَمْ يَكُنْ مَعَهُ السِّلاَحُ فَبِأَىِّ شَىْءٍ يُقَاتِلُ؟
“Isnad adalah senjata orang mukmin, jika tiada baginya senjata, maka dengan apakah mereka hendak berperang?”
Abu Abdullah al Hakim al Naisaburi t berkata:
“Jikalau tiada isnad dan satu golongan yang mencarinya serta melazimkan diri menghafaznya, nescaya akan robohlah menara Islam dan semakin kukuhlah kedudukan golongan mulhid dan bid’ah dengan memalsukan hadith serta memutarbelitkan isnad-isnad. Sesungguhnya khabar itu apabila tidak mempunyai isnad maka ia adalah terputus.”
Abdullah ibn al Mubarak t berkata:
بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْقَوَائِمُ
“Perbezaan di antara kami dan ahli bid’ah ialah isnad.”
Imam Syafi’i t berkata:
مَثَلُ الَّذِي يَطْلُبُ الْعِلْمَ بِلاَ إِسْنَادٍ كَمَثَلِ حَاطِبٍ لَيْلٍِ، يَحْمِلُ حُزْمَةَ حَطَبٍ وَفِيْهِ أَفْعَى وَهُوَ لاَ يَدْرِي
“Perumpamaan orang yang menuntut ilmu tanpa isnad seumpama seorang pemikul kayu di waktu malam yang memikul seikat kayu yang terdapat seekor ular dalam keadaan dia tidak menyedarinya.”
Imam Abu al Abbas Muhammad ibn Abdur Rahman al Daghuli al Sarakhsi  t berkata: Aku mendengar Muhammad ibn Hatim al Muzaffar t berkata:
إِنَّ اللهَ I قَدْ أَكْرَمَ هَذِهِ الأُمَّةَ وَشَرَّفَهَا بِالإِسْنَادِ، وَلَيْسَ لأَحَدٍ مِنَ الأُمَمِ كُلِّهَا قَدِيْمِهَا وَحَدِيْثِهَا إِسْنَادٌ، وَإِنَّمَا هِيَ صُحُفٌ فِي أَيْدِيْهِمْ، وَقَدْ خَلَطُوْا بِكُتُبِهِمْ أَخْبَارَهُمْ، وَلَيْسَ عِنْدَهُمْ تَمْيِيْزٌ بَيْنَ مَا نَزَلَ مِنَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيْلِ مِمَّا جَاءَهُمْ بِهِ أَنْبِيَاؤُهُمْ، بَيْنَ مَا أَلْحَقُوْهُ بِكُتُبِهِمْ مِنَ الأَخْبَارِ الَّتِي أَخَذُوْهَا مِنْ غَيْرِ الثِّقَاتِ.   
“Sesungguhnya Allah I telah memuliakan umat ini dan meninggikan darjatnya dengan isnad, tidak ada satu umat pun yang terdahulu dan terkemudian memiliki isnad, akan tetapi hanyalah suhuf yang ada di tangan mereka yang telah mereka campur adukkan khabar-khabar ke dalam kitab-kitab mereka. Tidak ada bagi mereka tanda yang membezakan apa yang diturunkan kepada Nabi-nabi mereka dari kitab Taurat dan Injil dengan apa yang mereka masukkan ke dalam kitab-kitab mereka dari khabar yang diambil dari golongan yang tidak thiqah.”
Al Hafiz al Qadhi Abu Bakar ibn al ‘Arabi t berkata di dalam kitabnya Siraj al Muridin:
وَاللهُ أَكْرَمَ هَذِهِ الأُمَّةَ بِالإِسْنَادِ، لَمْ يُعْطِهِ لأَحَدٍ غَيْرِهَا، فَاحْذَرُوْا أَنْ تَسْلُكُوْا مَسْلَكَ الْيَهُوْدِ وَالنَّصَارَى، فَتُحَدِّثُوْا بِغَيْرِ إِسْنَادٍ
“Allah telah memuliakan umat ini dengan isnad yang tidak dikurniakan kepada umat yang lain. Maka berwaspadalah kalian agar  tidak menempuh jalan kaum Yahudi dan Nasrani iaitu dengan kalian meriwayatkan hadith tanpa isnad.”
Sanad Sebagai Keberkatan
Sesungguhnya ilmu-ilmu Islam itu diambil dan dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi secara talaqqi dan ijazah. Konsep ini ditegaskan oleh Baginda i di dalam sabdanya:
إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ وَالْفِقْهُ بِالتَّفَقُّهِ
“Sesungguhnya ilmu itu diperolehi dari pembelajaran dan fiqh itu diperolehi dengan hadir mendapatkannya dari guru-guru.”
Saranan Rasululah i ini menunjukkan kepada kita bahawa adanya berkat bagi sesuatu ilmu yang diambil dari lidah dan dada para ulama’. Mengambil ilmu dan sanad dari insan-insan yang diyakini juga adalah sesuatu yang amat ditekankan memandangkan seorang guru adalah seumpama bapa di dalam agama. Imam Nawawi t menyatakan:
إِنَّ شُيُوْخَ الإِنْسَانِ فِى الْعِلْمِ أبَآئُهُمْ فِي الدِّيْنِ
“Sesungguhnya syeikh-syeikh manusia dalam ilmu adalah bapa-bapa mereka di dalam agama.”
Sekiranya baik didikan seorang bapa terhadap anaknya, maka baiklah akhlak anaknya tersebut kelak. Begitu juga jika benar ilmu yang disajikan oleh bapa-bapa manusia di dalam agama atau yang memberikan santapan rohani buat anaknya, maka akan betullah perjalanan anak tersebut.
Sanad Dan Ijazah Sebagai Keizinan Dalam Berdakwah
Islam menetapkan bahawa di antara syarat utama untuk berdakwah ialah keizinan yang bersambungan sehingga kepada Rasulullah i. Perkara ini bukanlah satu perkara yang bid’ah dan direka-reka kerana ia mempunyai usul yang kuat dari Sunnah Nabi i. Nabi i  tidak keluar berdakwah sejurus mendapat wahyu pertama di Gua Hira’. Baginda i hanya keluar berdakwah selepas datangnya perintah berdakwah kepadanya. Firman Allah:
“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat.”[2]
Begitu juga para sahabat y di mana mereka terdiri dari kalangan insan-insan yang alim tentang hukum-hakam agama, menghafaz al Qur'an dan hadith Nabi i dengan sempurna. Dan apa yang menjadikan mereka lebih terkehadapan ialah keizinan atau ijazah yang diterima dari Baginda i dalam berdakwah serta menyeru masyarakat kepada agama yang benar. Perkara ini jelas berdasarkan hadith Sayyiduna Mu’az ibn Jabal t tatkala beliau diutuskan bersama keizinan Baginda i ke Yaman untuk berdakwah dan memberi petunjuk tentang hukum-hakam agama.
Seterusnya generasi Tabi’in juga berpegang teguh dengan perkara ini di mana al Hasan al Basri t telah mendapat keizinan dan ijazah mengajar daripada Sayyiduna Ali t selepas beliau membubar 99 halqah pengajian yang terdapat di Masjid Jami’ Basrah Iraq yang disampaikan oleh mereka yang tidak berkeahlian. Setelah Sayyiduna Ali t menemuduga al Hasan al Basri t maka Sayyiduna Ali t pun menyatakan kepadanya “Orang seumpama engkau layak mengajar”.
Maka keizinan dan ijazah berdakwah ini berterusan sehingga ke generasi kita ini. Ia dikenali dengan ‘Ijazah Irsyad al Dhalliin wa Ta’lim al Jahilin’ (Ijazah menunjukkan orang sesat dan mengajar orang yang jahil).


[1] Aali Imran: 110.
[2] Al Syu’ara’: 214.

Isnin, September 14, 2009

Pencarian Lailatul Qadar


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadan yang menandakan Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.

Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada.
Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya.

Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba.

Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadan dan Aidil Fitri yang belum selesai.

Jika tidak berwaspada, sinar hari-hari terakhir Ramadan ini mudah pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan sepertiga terakhir Ramadan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadan yang sedang kita lalui ini.


Keutamaan lailatul qadar

Keutamaan utama hari-hari terakhir Ramadan ini berputar sekitar pemburuan mendapatkan keutamaan lailatul qadar.
Satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah al-Qadr.

Bagi mereka yang sentiasa menjadikan urusan amal ibadah sebagai tumpuan perhatian dan kebimbangan mereka, inilah satu tawaran istimewa daripada Allah SWT yang 'haram' dilepaskan.

Sangat malanglah bagi seorang hamba yang dikurniakan hadiah begitu berharga daripada Tuhannya sendiri tetapi tidak mengendahkannya atau tidak menerimanya dengan baik.

Benarlah pesan Rasulullah SAW bahawa, "Sesiapa yang diharamkan mendapat kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah diharamkan. (daripada mendapat segala kebaikan)".

Memang lailatul qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana lailatul qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu.

Dengan beramal-ibadah pada malam ini barulah boleh kita menyaingi kuantiti ibadah umat-umat yang dikurniakan umur yang jauh lebih panjang.

Harus diinsafi bahawa sebagai suatu urusan ibadah, kelebihan utama lailatul qadar bukan terbatas kepada sifir 1,000 bulan yang begitu sinonim dengan malam tersebut.

Dalam mana-mana urusan ibadah nilai utama sesuatu amalan tetap tergantung kepada rahmat dan kasih Tuhan yang menjadi tumpuan sesuatu amalan tersebut.

Oleh itu memburu lailatul qadar bukan bererti kita sekadar mengejar gandaan seribu bulan itu tetapi yang lebih penting, berusaha mencarinya bererti kita bersungguh-sungguh untuk menyambut dan meraikan suatu bukti kasih dan rahmat Allah SWT kepada kita.


Mendapatkan lailatul qadar

Sesuai sebagai anugerah yang begitu bernilai dan berharga, lailatul qadar tidaklah sampai begitu mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja tanpa perlu berusaha.

Walaupun kita mewarisi pelbagai panduan dan petua daripada Rasulullah SAW sendiri dan para ulama pewaris Baginda SAW tentang mengenalpasti malam lailatul qadar, masih tidak ada satu kesepakatan tentang bilakah sebenarnya jatuhnya malam itu.

Akhirnya, bolehlah disimpulkan bahawa peluang untuk mendapatkannya adalah lebih cerah bagi mereka yang menghidupkan malam-malam yang ganjil dari 10 malam yang terakhir, sangat cerah bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam terakhir dan paling terjamin bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam-malam Ramadan.
Juga harus diingat, para ulama turut berpandangan bahawa siangnya lailatul qadar juga perlu diisi dengan amal ibadah sama seperti malamnya.

Sesuai sebagai tanda rahmat dan pemberian Tuhan, lailatul qadar tidaklah pula terlalu sukar dan terlalu jauh dari capaian kita. Ia ditentukan jatuh di dalam bulan Ramadan.

Bulan Ramadan adalah bulan ibadah umat ini yang mana rata-ratanya malam-malam Ramadan adalah malam-malam yang lebih baik pengisian ibadahnya bagi kita semua.

Walaupun sebahagian ulama berpandangan bahawa kelebihan lailatul qadar dicapai dengan menghidupkan sebahagian besar malam itu, sebahagian ulama meriwayatkan bahawa untuk syarat minimum untuk mendapatkan sebahagian laba malam ini bukannya terlalu sukar.

Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto' misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa, "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam lailatul qadar secara berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat laba / bahagian daripadanya (lailatul qadar)".

Pandangan-pandangan yang lebih ringan ini meletakkan syarat mendapatkan lailatul qadar pada menjaga solat-solat fardu pada malam tersebut.

Jika pandangan ini yang kita ambil nescaya mendapatkan lailatul qadar bukannya terlalu sukar dan boleh diusahakan oleh semua orang. Tetapi Tuhan itu Maha Adil, hakikatnya, mereka yang biasa lalai tetap akan lalai dan gagal hatta untuk menjaga solat-solat fardu ini walaupun di malam-malam akhir Ramadan.

Semoga Allah menjauhkan diri kita dan mereka yang bersama kita daripada tergolong dalam golongan yang lalai.
Zikir dan doa yang diajarkan oleh nabi SAW untuk lailatul qadar juga cukup pendek mampu diamalkan oleh semua orang. Maka marilah kita memperbanyakkan doa ini di hari-hari ini,Allahumma innaka 'Afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'nniy yang maksudnya, "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , sukakan keampunan maka ampunilah aku".

Walaupun pintu untuk kita menghayati lailatul qadar melalui ibadah khusus lebih terbuka di bulan Ramadan dengan budaya dan suasananya yang tersendiri, ini tidak menafikan hakikat luasnya makna dan bentuk ibadah dalam Islam.
Mereka yang terpaksa menyelesaikan tugasan dan kerja mereka yang tidak bercanggah dengan agama dan dalam kadar yang sesuai dengan bulan Ramadan ini, tetap boleh meniatkan kerja-kerja mereka sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan dan menghayati lailatul qadar.


Menghantar Pulang Tetamu Agung

Ramadan, tetamu agung yang setia datang berkunjung setiap tahun tetap akan pergi meninggalkan kita sedikit masa lagi.

Mereka yang benar-benar menghayati dan mendapat faedah dari kedatangan Ramadan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa yang datang bersamanya sudah tentu menghadapi saat-saat perpisahan ini dengan penuh kesedihan berbaur kebimbangan dan pengharapan.

Sedih mengenangkan perpisahan dengan bulan yang dikasihi ini. Bimbang adakah amalan diterima dengan tahap
penghayatan yang tidak seberapa. Berharap agar dosa-dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah serta berharap agar bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang.

Inilah sikap yang diriwayatkan daripada sebahagian para salaf. Mereka berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadan. Setelah itu mereka berdoa pula selam enam bulan berikutnya agar Allah SWT menerima amalan mereka di bulan Ramadan yang berlalu.

Semoga Allah mengurniakan kita himmah yang tinggi dalam beragama seumpama mereka. Marilah kita menghantar pulang Ramadan kali ini hingga ke 'hujung desa'. Ibarat menjamah juadah yang paling kita gemari, janganlah kita tinggalkan Ramadan kali ini bersisa sedikitpun.

Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai, apalah gunanya kita hebat di peringkat awal larian hanya untuk lemah-lesu ketika menuju garisan penamat. Marilah kita rebut setiap ketika yang berbaki di bulan Ramadan kali ini dan mengisinya dengan sebaik mungkin.

Sesungguhnya La hawla wala quwwata illa billah al-'Aliyyil 'Adzim yang maksudnya, "Tiada daya (menghindari maksiat) dan tiada kekuatan (melakukan ketaatan) melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung".

Artikel di atas dipetik dari ruangan Bicara Agama, Utusan Malaysia keluaran 14 September 2009 / 24 Ramadhan 1430

Isnin, September 07, 2009

Nuzul Quran dan Badar al Kubra


Oleh panel PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN



Al-quran perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.


DALAM ruangan minggu lepas, kita menampilkan peristiwa bersejarah tentang jihad umat Islam di Mesir pada 10 Ramadan 1393 Hijrah. Minggu ini pula, ruangan ini tersiar tepat pada 17 Ramadan yang menghantar kita kembali kepada dua peristiwa bersejarah penting bagi umat Islam, iaitu Nuzul Quran danGhazwah Badar al Kubra.


Nuzul al-Quran

Di Malaysia, apabila tiba 17 Ramadan, rata-rata umat Islam mengadakan sambutan sempena Nuzul al-Quran. Mengimbau sejarah penurunan al-Quran, mengingatkan umat Islam tentang keagungan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang terbesar ini.

Sebenarnya Allah SWT berkuasa menurunkan al-Quran tanpa melalui perantaraan sesiapa. Tetapi Allah telah menghendaki al-Quran itu diturunkan melalui perantaraan Jibril a.s untuk disampaikan kepada insan pilihannya, Nabi Muhammad SAW kerana rahsia agung yang terdapat di sebaliknya.

Rasulullah SAW pula bukan sahaja berjaya menyampaikan wahyu tersebut dengan sempurna. Baginda SAW mengaplikasi dan mencernakan setiap wahyu tersebut dalam segenap tindakan dan perbuatannya sehinggakan akhlak Baginda dinobatkan sebagai al-Quran.

Justeru, nabi SAW adalah gambaran al-Quran. Menceritakan tentang kebesaran al-Quran bermakna menceritakan tentang keindahan akhlak baginda SAW. Maka tidak wajarlah kita mengadakan sambutan Nuzul Quran tetapi meminggirkan insan pilihan yang menjadi penyebab kita dapat memahami dan menikmati keindahan al-Quran tersebut.


Penjagaan al-Quran

Di antara mukjizat al-Quran adalah Allah SWT sendiri menjamin penjagaan terhadap isi kandungannya hingga kiamat. Sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk mencemarkan dan mengubah kandungannya, al-Quran tetap terpelihara seperti mana yang dapat kita lihat hari ini. Allah berfirman: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya. (al-Hijr :9)

Al-Quran disampaikan daripada satu generasi ke satu generasi melalui kaedah yang cukup sistematik, terperinci dan menyeluruh. Kaedah ini dinamakan sebagai sanad atau isnad.

Diriwayatkan daripada Abu Abbas al-Daghuli berkata: Saya mendengar Muhammad ibnu Hatim ibnu al Muzaffar berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memuliakan umat ini dan melebihkannya dengan isnad. Tidak seorang pun dari umat-umat terdahulu dan yang akan datang dikurniakan isnad.

"Hanya suhuf (lembaran-lembaran) yang berada di tangan mereka, tetapi Kitab-kitab mereka telah bercampur dengan khabar-khabar mereka. Mereka tidak dapat membezakan di antara kitab Taurat dan Injil yang diturunkan, dan di antara cerita-cerita yang masuk ke dalam kitab mereka yang diambil daripada orang-orang yang tidak dipercayai."

Sebagai agama yang suci, Islam amat menitikberatkan permasalahan sanad dan ijazah sebagai bukit kesahihan serta ketulenan sesuatu riwayat dalam membendung perkara-perkara yang dibawa masuk serta ditokok tambah di dalam agama dari perkara usul dan cabangnya. Ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmannya: Wahai orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya. (al-Hujuraat: 6)

Namun, hari ini, ramai umat Islam tidak lagi peka dan faham tentang apa yang dinamakan sanad. Malah, mereka mempersoalkan majlis-majlis bagi menghidupkan konsep sanad dan ijazah dalam periwayatan ilmu.

Justeru, memandang pelik dan ganjil terhadap sanad adalah suatu kejahilan. Penyakit yang menimpa umat ini akibat telah tersusuk dengan jarum-jarum para musuh Islam yang sentiasa berusaha keras meruntuhkan keutuhan dan kekebalan agama Allah yang tertinggi ini dengan meruntuhkan kekuatan spiritual dalam Islam yang terhasil dari kesinambungan rantaianruhiyyah dan keberkatan kepada nabi yang diwarisi oleh para Salafussoleh sejak zaman berzaman.

Oleh itu, mereka sedaya upaya cuba menghapuskan konsep pengajian talaqqi bersanad di dalam Islam. Pada masa yang sama mereka menyemai fikrah agar manusia menggunakan akal fikiran sendiri dan pembacaan semata-mata untuk memahami sesuatu ilmu tanpa mengambil dari guru yang mempunyai sanad dan ijazah.

Apabila munculnya satu generasi yang meletakkan kemampuan akal dan pengkajian individu semata-mata terhadap ilmu Islam, akan timbullah pertembungan dalam tubuh umat Islam yang mengakibatkan perpecahan dan porak peranda. Natijahnya, umat Islam saling berbalah antara satu sama lain. Akhirnya memberi ruang yang besar kepada musuh-musuh luar merobek perpaduan mereka.

Maka tidak peliklah hari ini, apabila kita melihat ada dari kalangan ahli ilmu yang pelik mendengar istilah 'sanad' ini. Sufyan al-Thauri telah menegaskan: "Isnad adalah senjata orang Mukmin. Apabila tiada bersamanya, senjata maka dengan apakah ia akan berperang?"


Ghazwah Badar al-Kubra

Jika al-Quran turut dinamakan al-Furqan kerana penurunan al-Quran memisahkan antara yang hak dan batil, pertempuran Badar pula dinamakan Yaum al-Furqan yang bermaksud Hari Pemisah antara Hak dan Batil. Sebabnya, inilah hari yang menentukan sama ada kebenaran yang akan tertegak atau pun kebatilan.

Allah memberi perhatian yang besar kepada peristiwa Badar sebagaimana firman-Nya: Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada 'Hari Al Furqaan', iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Anfal: 41).

Sejarah mencatatkan Ghazwah Badar al-Kubra berlaku pada Jumaat, 17 Ramadan tahun 2 Hijrah. Ia adalah peperangan paling besar dan penting bagi umat Islam kerana ia peperangan yang menentukan masa depan umat Islam, bahkan masa depan umat manusia seluruhnya.

Justeru, seluruh umat Islam terhutang budi dengan pahlawan-pahlawan Islam Badar kerana tanpa semangat juang mereka yang tinggi demi mempertahankan agama Islam yang suci, pengorbanan dan kekuatan tawakal mereka kepada Allah, sudah pasti kita tidak dapat menikmati Islam seperti yang kita kecapi pada hari ini.

Kedua-dua peristiwa besar ini sangat penting diingati oleh seluruh umat Islam. Bukan sekadar dikenang tetapi lebih dari itu untuk mengaut 1,001 pengajaran dan hikmah yang sarat terkandung di dalamnya.

Jika dibandingkan bilangan tentera Muslimin ketika itu yang hanya seramai 313 dan kelengkapan perang mereka yang tidak mencukupi dengan bilangan tentera musyrikin yang melebihi 1,000 orang lengkap dengan peralatan perang, mustahil pada akal umat Islam beroleh kemenangan gilang gemilang seperti yang dikecapi oleh umat Islam dalam peperangan Badar.

Namun, Allah telah merakamkan kemenangan umat Islam dalam peperangan Badar melalui firman-Nya: Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (ali-'Imran: 123-127)

Ini memberitahu kita bahawa faktor fizikal atau kuantiti bukanlah modal utama bagi suatu kejayaan tetapi faktor dalaman atau kualiti yang lebih utama dan berkesan.

Sifat tawaduk, yakin dengan Allah dan tawakal yang dimiliki oleh tentera Islam telah menarik pandangan Allah hingga Allah menghantar pertolongan-Nya melalui malaikat-malaikat yang diutuskan. Sifat bongkak, takbur dan menganggap kejayaan itu datang daripada diri sendiri yang dimiliki oleh kaum Quraisy adalah modal utama bagi suatu kegagalan dan kekecewaan.

Jasa dan bakti yang begitu besar para satria Badar demi memperjuangkan kemerdekaan agama perlu kita kenang dan uar-uarkan. Bukan kerana mereka memerlukan kita kerana mereka telah pun mendapat kedudukan yang tinggi sebagai syahid di sisi Allah dan dijanjikan dengan syurga Firdaus. Tetapi kitalah yang perlu mengambil formula dan keberkatan daripada mereka bagi mendapatkan jiwa yang waja dan thabat (tetap) seperti mereka dalam mencintai dan mempertahankan agama Allah.

Hanya dengan sedikit cubaan dan fitnah, kita terus rebah meninggalkan medan perjuangan dan dakwah, lesu untuk berkorban, malah terjebak dalam tipuan dunia dan perangkap musuh.

Justeru, insafilah diri kita pada Ramadan kali ini. Adilkah kita mencaci dan mencerca mereka sebagaimana yang dilakukan oleh pengikut fahaman Syiah Rafidhah yang melakukan perbuatan mencaci para sahabat nabi SAW. Jika kita berada di tempat mereka ketika itu, apakah kita sanggup berdepan dengan tentera musuh yang terdiri daripada panglima-panglima tentera yang bengis dan hebat?

Artikel ini dipetik dari ruangan Bicara Agama, Utusan Malaysia keluaran 7 September 2009 / 17 Ramadhan 1430H

Jumaat, September 04, 2009

Kenyataan ISSI Malaysia Terhadap Isu Semasa Umat

Reflections on the recent events : Of Kartika Sari and the Cow-head Protest

1. On the Morality of the punishment of Shariah flogging imposed on Kartika Sari.

There is consensus amongst the main and established Mazhabs (schools) of Islamic Law, the Hanafi, Maliki, Shafi`I and Hanbali Mazhabs that consumption of liquor is a Hudud offence which comes with a mandatory punishment. The form of punishment for this particular offence has been agreed upon by scholars as being a uniquely Islamic form of flogging (much less severe than conventional flogging), although they differ as to the actual number to be imposed with the some holding the number at 40 and others 80 strokes. It is trite in Islamic law that once an offence is prescribed with definite punishments as with the Hudud offences, there is no more any room for discretionary considerations. The punishments are mandatory. No issue of the gender of the offender or whether it is a first time offence and of course, never an issue of whether this position is contrary to other value systems whether they are termed as human rights, universal values, humanity, decency, etc.


Teks penuh kenyataan ISSI berkaitan isu "kepala lembu", hukuman sebat Kartika dan kenyataan Ganesan, sila ke blog ISSI.