Oleh Muhammad Uthman El-Muahammady
Muafakat dalam agama jadikan Malaysia negara Islam contoh paling baik
SELEPAS mendapat isyarat daripada kawan-kawan dalam e-mel, penulis memasuki internet lalu menulis dalam 'google' kata-kata dalam bahasa Arab 'qaradawi menyeru Malaysia supaya menjaga jati dirinya dengan Mazhab Ash'ari dalam akidah dan Mazhab Shafie dalam fiqh'. Jawapan daripada 'google' menyenaraikan 1,180 laman web yang membawa berita itu. Antara laman web yang sebanyak itu ialah:
http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=-2&item_no=7416&version=1&template_id=116&parent_id=114;
soufia.org/vb/showthread.php?t=7437;
www.ikhwan.net/vb/showthread.php?p=791400;www.al7ewar.net-/forum/showthread.php?p=93845;
www.iumsonline.net/news/799-2009-12-24-14-22-52.html;
www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C...Zone...;
www.alislamnoor.com/vb/show-thread.php?t=6043 dan banyak lagi.
Berita itu seperti berikut ditulis Ahmad 'Abd al-Salam dari Doha: Yusuf al-Qaradawi menyeru Malaysia supaya menjaga jati diri Islamiahnya yang berupa Mazhab Shafie (dalam fiqh) dan Ashariyyah pada akidahnya bagi mendepani pengaruh pemikiran dari luar (seperti Wahabi dan Syiah).
(Seruan demikian) itu dibuat pada penghujung lawatan Yusuf ke Malaysia pada 22 Disember lalu yang berlangsung selama enam hari apabila beliau mengambil bahagian dalam perayaan menghormatinya yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah kerana menghargai jasa ilmiah dan kegigihannya memberi khidmat kepada Islam dan (menghuraikan) isu umat Islam.
"Dan dalam pertemuannya semalam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Qaradawi menyeru Najib dan ulama supaya menjaga jati diri Islamiah Malaysia dengan akidah Ashariyahnya dan Mazhab Shafie, bagi mendepani mana-mana pengaruh pemikiran dan mazhab yang datang dari luar yang memecahbelahkan perpaduan dan merosakkan akidahnya."
Ini disusuli dengan berita mengenai ulasan beliau menyeru Malaysia memainkan peranannya menjaga hubungan baiknya dengan negara jiran supaya merapatkan saf Muslimin dan negara Islam.
Ini diikuti dengan kenyataan Najib dalam ulasannya menegaskan hasrat besarnya dan kerajaan untuk menjaga jati diri ini mengelak daripada daripada perkara khilaf mazhab yang memecahbelahkan dan tidak membawa perpaduan.
Berita ini dinukil penulis kerana ia keluar pada permulaan tahun Masihi 2010 dan juga Muharam 1431 Hijrah. Ia berupa penegasan yang menyokong apa yang dilakukan oleh rakan kita di Malaysia sejak 1980-an lagi bagi menegaskan kembali Ahli Sunnah di rantau ini dan menjaga keutuhannya dalam menjayakan hidup beragama, bermasyarakat, bernegara dan membina tamadun dalam acuan kita sendiri. Kita bersyukur kepada Allah bahawa berita ini memberi penegasan yang nyata mengenai baiknya dan absahnya pendirian kita, yang memang itulah sebenarnya pegangan dan keyakinan kita dari awal lagi. Berita ini boleh membantu mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza dan mahukan 'tajdid segera' berfikir kembali memeriksa pendirian yang mereka ambil dalam hubungan dengan kita. Oleh kerana berita ini, penulis memilih untuk menulis di sekitar tajuk umum mengenai Ahli Sunnah dan wacananya untuk menegaskan kembali apa yang banyak kali disebutkan sebelum ini baik di Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Pertama, kewajipan kita kembali kepada panduan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana ia adalah ajaran dan panduan serta kerangka intelektual dan rohani yang paling absah, matang, tahan uji, utuh, dan menyelamatkan dalam umat ini, bahkan bagi umat manusia seluruhnya kalau mereka mahu mene-rimanya.
Kedua, ia bagi kita adalah akidah, keyakinan mengenai perkara kebenaran yang tertinggi mulai daripada kebenaran berkenaan Tuhan, kenabian, kerasulan, alam ghaib, alam akhirat, kitab suci dari alam tinggi, tadbir Ilahi, dan isu yang berkaitan dengannya. Ia mencakupi hal ketuhanan, ilahiyyat, hal kenabian , al-nubuwwat, dan hal alam ghaib atau ghaibiyyat, perkara yang diketahui melalui saluran Ilahi yakni al-sam'iyyat. Ringkasnya, semua perkara bersangkut keimanan dan keyakinan ada dalam Ahli Sunnah. Inilah akidah yang menyelamatkan dan yang lain tidak ada kemampuan ini dengan izin Ilahi.
Ketiga ialah ia berupa kerangka menyeluruh mengenai semua cara mengetahui (all manner of knowing). Ia epistemologi lengkap atau kerangka kefahaman atau huraian mengenai ilmu pengetahuan, mulai daripada ilmu akidah, ibadat, akhlak, sejarah, ketamadunan, budaya, bahkan sains dan teknologi. Terserah kepada kita untuk memahami kerangka ini kembali, mencapai keyakinan mengenainya, dan memberi pengisian sesuai dengan tunjuk ajarnya. Dengan itu, kita melihat ilmu secara menyeluruh mulai daripada pokok huraiannya mengenai Tuhan sampailah kepada perkara lain yang kita ketahui sama ada yang boleh dilihat dengan mata kepala atau yang maknawi yang kita faham melalui fikiran kita; daripada perkara yang kita tanggapi daripada pengalaman pancaindera kita, sampai kepada perkara yang kita capai dalam bilik makmal kita, apa yang kita fikir dalam tafakur dan apa yang kita saksikan kalau kita beruntung - menyaksikan rohani diri kita. Allahumma'zuqna amin. Itu semua kita memahaminya dalam panduan dan kerangka Ahli Sunnah yang sarwajagat, ia sah mengikut al-Quran, Sunnah, pengalaman sejarah, pengamatan akal sejahtera manusia, renungan rohani yang paling jauh dan matang; ia benar dan menyelamatkan ketika di sini dan sekarang atau di sana dan akan datang.
Keempat, ia adalah kerangka peradaban dan budaya. Dengan panduannya, manusia hidup, membina tamadun dan budaya menyelamatkan mereka seperti penulis nyatakan dalam makalah sebelum ini. Inilah perkara pokok yang penulis mahu kemukakan untuk pembaca budiman. Inilah yang diterima dalam beberapa seminar yang berlangsung di Indonesia dan Malaysia dalam tiga empat tahun ini hasil kerjasama antara Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dan Yadmi di Indonesia. Nampaknya Yusuf juga bersetuju dengan kerangka Asyariah dan Shafiiyah ini.
Penulis juga mahu menyebut kembali apa yang sudah disebut mengenai empat kutub intelektual Ahli Sunnah yang dijadikan panduan itu. Bermula dengan puncanya al-Quran, hadis, ijmak, kias dan kaedah lain dalam pemahaman mengenai hukum serta kaedah ilmu Ahli Sunnah, maka pertamanya kita sebutkan bahawa dalam bidang akidah kita berpegang kepada huraian Imam al-Ash'ari -al-Maturidi dan ulama aliran ini dari dulu sampai sekarang dalam satu kesinambungan ilmiah yang mempunyai autoriti yang sesungguhnya. Dalam kerangka ini kita boleh menambah elemen yang paling absah daripada pengalaman ilmiah dan budaya semasa yang selaras dengan panduan kita.
Keduanya, dalam bidang kerohanian, akhlak, dan falsafah kita berpegang kepada aliran Imam al-Ghazali dan mereka yang paling absah dalam kalangan ahli rohani Ahli Sunnah, bermula dengan al-Qushairi, al-Junaid al-Baghdadi, kemudian al-Ghazali, al-Jilani dan seterusnya sampai ke zaman Syah Waliyullah al-Dihlawi ahli hadis Delhi yang terkenal. Seterusnya sampai kepada Said Nursi di Turki yang menggabungkan dalam dirinya beberapa dimensi: penguasaan terhadap kerangka ilmu Ahli Sunnah yang perkasa dan dalam, hubungan dengan sains moden yang intim dan tepat, pengalaman rohani yang autentik dan benar serta aktivisme dakwah dan pendidikan yang menghairankan.
Ketiganya, dalam hubungan dengan hukum fikah dan syariat, kita berpegang kepada imam mujtahid Quraisy yang disebut oleh hadis nabi, Imam Muhammad Idris al-Shafie, dengan juga mengambil faedah dan pengajaran daripada imam mujtahid dalam Ahli Sunnah melalui empat mazhab terkenal itu. Ulama yang mengikut aliran dan kaedah imam ini kita manfaatkan untuk kita, serta kita gabungkan dengan keputusan baru yang perlu dibuat oleh ahli bidang fatwa kita di negara ini. Alhamdulillah, walaupun kita tidak disebut termasuk ulama dunia, kerja kita dengan muafakat menyebabkan Malaysia disebut sebagai negara Islam contoh paling baik dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Walaupun bicara kita kurang menarik berbanding dengan ramai orang di rantau lain, kita uruskan masyarakat kita dengan baik dan berjaya walaupun banyak lagi yang mesti kita usahakan. Alhamdulillah; kita mesti sebut nikmat Allah kepada kita, supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang kufur nikmat, takut Allah menarik kembali nikmat yang diberikan itu.
Keempat, dalam bidang budaya dan tamadun kita mengikut panduan tokoh seperti ibn Khaldun dengan mukadimahnya pada zaman moden Malik Bennabi dengan karangannya yang relevan untuk kita.
Mudah-mudahan kita terus kekal dengan panduan ini dan kalau ada tajdid, maka kita tidak lakukan 'tajdid segera' seperti setengah golongan tetapi tajdid dalam kerangka kita. Dengan panduan intelektual dan rohaniah Ahli Sunnah dalam empat bidang utama itu, dengan tambahan seperlunya, kita membina kehidupan Islam di Malaysia dan membina tamadun dalam acuan kita yang terjamin. Kita bersatu padu dan bermuafakat dalam panduan ini seperti yang disebut oleh Yusuf Qaradawi dan tidak memandai-mandai mencari alternatif lain kononnya untuk tajdid dan 'tidak jumud' dan 'beku', tetapi kita terus dengan panduan kerangka asal Ahli Sunnah yang menyeluruh itu. Mudah-mudahan Allah kurniakan kejayaan kepada kita dan umat. Amin. Wallahu alam.
Artikel ini dipetik dari ruangan Rencana Berita Harian keluaran 17 Muharram 1431 / 03 Januari 2010

Tiada ulasan:
Catat Ulasan